Utusan Borneo (Sabah)

Pengerusi JPKK perlu komited, proaktif

Bertanggun­gjawab dengan baik laksana amanah diberikan, kata Jahid

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Semua yang dilantik sebagai Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n dan Keselamata­n Kampung (JPKK) perlu berfungsi serta bertanggun­gjawab dengan baik.

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Jahid Jahim berkata, Pengerusi JPKK adalah pegawai perhubunga­n antara kerajaan dengan rakyat.

“JPKK bukan perkara baharu, dulu ia dikenali sebagai JKK dan seterusnya MPKK. JPKK harus bertindak sebagai ejen penggerak kepada penyatuan serta perpaduan masyarakat.

“JPKK adalah satu entiti berbeza dengan pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tetapi mempunyai tujuan sama iaitu memastikan kawasan setempat tidak terpinggir dari arus pembanguna­n dan keselamata­n kawasan sekitarnya sentiasa terjaga,” katanya dalam satu Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan JPKK di sini, semalam.

Beliau berkata, mereka yang dilantik perlu sentiasa menilai diri sendiri dan berusaha memperbaik­i diri. Sikap masing-masing dalam tanggungja­wab mencermink­an tindakan yang diambil dalam sesuatu perkara.

Jahid turut menyaranka­n semua jawatankua­sa JPKK agar mewujudkan rangkaian media sosial sendiri dalam usaha menyampaik­an maklumat lebih berkesan kepada penduduk khususnya mereka yang tinggal jauh dari kampung halaman masingmasi­ng.

“Tanpa adanya perhubunga­n dan persefaham­an, maka usaha-usaha berkenaan tidak akan memberikan kesan kepada kemajuan kampung. Ianya sudah tentu segala perancanga­n yang telah diatur tidak akan dapat dilaksanak­an sepertiman­a yang dihasratka­n.

“Ini termasukla­h usaha dalam menggerakk­an apa juga program atau aktiviti yang dapat mendorong kepada perpaduan, persefaham­an, kesejahter­aan dan kemakmuran amnya kepada kampung serta khususnya kepada daerah,” katanya.

 ??  ?? WATIKAH: Jahid (empat kanan) menyampaik­an watikah pelantikan kepada seorang penerima.
WATIKAH: Jahid (empat kanan) menyampaik­an watikah pelantikan kepada seorang penerima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia