Utusan Borneo (Sabah)

PPM berjaya patahkan aktiviti penyeludup­an di Semporna

- Oleh Hamzah Sanudin

SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya mematahkan aktiviti penyeludup­an minyak petrol dan ubat sabung ayam dalam satu serbuan di kawasan pondohan Kuala Bibang, di sini.

Dalam kejadian jam 7 malam itu, sepasukan anggota PPM yang menjalanka­n tugas di lokasi itu mengesan empat lelaki sedang memunggah barang daripada tiga bot laju ke dalam sebuah rumah tidak bernombor.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Semporna DSP Mohammad Ismail berkata, suspek yang menyedari kehadiran pihak berkuasa bertindak melarikan diri, namun salah seorang daripada mereka berjaya ditahan.

“Pemeriksaa­n ke atas bot-bot terbabit menemui 21 jerikin berisi minyak petrol, 24 jerikin kosong dan tiga kotak berwarna coklat disyaki mengandung­i barang-barang perubatan haiwan tanpa lesen.

“Manakala pemeriksaa­n ke atas rumah terbabit yang dipercayai tempat memunggah dan menyimpan barang pula turut menemui barangbara­ng perubatan haiwan tanpa lesen di dalam sebuah kotak,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Menurutnya, kesemua barang rampasan termasuk tiga bot berserta enjin, 525 liter minyak petrol dan barang-barang perubatan haiwan dianggarka­n bernilai RM83,386.75.

“Suspek dan barang rampasan dibawa ke Pangkalan Markas Operasi PPM Semporna sebelum diserahkan kepada Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Jabatan Veterinar Semporna untuk tindakan selanjutny­a.

“Kesalahan itu juga akan disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta

Veterinar 1974,” katanya.

Beliau berkata, PPM Wilayah 4 Sabah sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang.

“Orang awam boleh menyalurka­n maklumat secara terus ke talian 24 jam atau menggunaka­n aplikasi WhatsApp ke Pusat Komunikasi PPM Sabah di talian 013-283 1197,” katanya.

 ??  ?? RAMPASAN: Kesemua barang rampasan yang ditahan dibawa ke Pangkalan Markas Operasi PPM Semporna.
RAMPASAN: Kesemua barang rampasan yang ditahan dibawa ke Pangkalan Markas Operasi PPM Semporna.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia