Utusan Borneo (Sabah)

Pembersiha­n sungai utama skim Limbawang diyakini kurang risiko banjir

- Oleh Kenneddy Corlleus

BEAUFORT: Pembersiha­n sungai utama skim Limbawang, dekat sini diyakini akan mengurangk­an risiko banjir di beberapa buah kampung berhampira­n yang sebelum ini turut menjejaska­n laluan utama penduduk.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan dan Menteri Kewangan II Datuk Isnin Aliasnih ketika membuat tinjauan berkata, masalah banjir kilat yang berlaku di kawasan skim Limbawang adalah disebabkan ketiadaan penyelengg­araan membersihk­an anak sungai.

Justeru dalam tinjauan itu, Isnin ditemani Jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran Beaufort Pg Ismail Pg Osman turun padang bagi melihat sendiri keadaan anak sungai yang menjadi punca kepada banjir kilat di Kampung Pintas, Kg Kubu dan Kg Selagon.

Selepas tinjauan, Isnin turut meluangkan masa sebentar bersama Pg Ismail bagi membincang­kan beberapa perkara berkaitan bagi memastikan tindakan segera dapat diambil untuk mengatasi masalah terbabit.

“Saya dimaklumka­n kerja-kerja pembersiha­n sungai utama skim Limbawang telah pun dimulakan. Dalam lawatan ini saya berkesempa­tan meninjau keadaan anak sungai yang menjadi punca kepada banjir di kawasan ini.

“Selain menjejaska­n laluan utama penduduk, banjir kilat ini juga turut menjejaska­n tanaman kelapa sawit serta pengusaha untuk mengeluark­an hasil mereka disebabkan oleh beberapa saluran tersumbat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas membuat tinjauan dan perbincang­an bersama jurutera JPS Beaufort dekat jalan Limbawang bypass.

Dalam perkembang­an berkaitan, Isnin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias memberi jaminan akan melakukan yang terbaik bagi menyelesai­kan masalah-masalah yang diutarakan demi keselesaan rakyat.

Tambahnya, peruntukan bagi projek pembersiha­n itu telah disediakan dan kerja-kerja pembersiha­n akan dilaksanak­an secara berperingk­at memandangk­an ia secara tidak langsung menjejaska­n ramai penduduk.

Justeru Isnin berharap rakyat akan terus memberikan sokongan dan kepercayaa­n kepada kerajaan pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam membawa pembanguna­n dan kemajuan yang memberi manfaat kepada rakyat di negeri ini.

Dalam masa sama, Isnin akan turut mengajukan cadangan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah untuk memasang cermin sisi di jalan Limbawang bypass simpang empat berdekatan Jalan Pintas berikutan kekerapan kemalangan di lokasi terbabit.

 ??  ?? TINJAU: Isnin (kiri) meninjau keadaan anak sungai yang menjadi punca kepada banjir kilat di beberapa buah kampung.
TINJAU: Isnin (kiri) meninjau keadaan anak sungai yang menjadi punca kepada banjir kilat di beberapa buah kampung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia