Utusan Borneo (Sabah)

Perintah berkurung ke-151 dilanjutka­n hingga 16 Disember

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Perintah berkurung kali ke-151 (tahun 2020) akan bermula pada 1 Disember 2020 mengikut Seksyen 31(4) Akta Polis 1967.

Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata, perintah berkenaan dilanjutka­n untuk 14 hari sehingga 16 Disember 2020.

Katanya, dengan berkuatkua­sanya perintah itu, penduduk diminta berada di dalam rumah dan tidak dibenarkan memasuki tujuh kawasan dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) yang telah diisytihar­kan antara jam 6 petang sehingga 6 pagi sepanjang tempoh berkenaan.

“Keperluan untuk meneruskan perintah berkurung di kawasan laut berkenaan adalah bagi memastikan kawasan perairan terbabit tidak dicerobohi oleh pengganas yang mengancam keselamata­n para penyelidik antarabang­sa yang menjalanka­n penyelidik­an dan pelancong-pelancong luar negara yang melawat pulau-pulau peranginan.

“Maklumat mendedahka­n kumpulan yang menjalanka­n kegiatan culik untuk tebusan (KFR) dan kumpulan

Abu Sayyaf yang masih cuba menceroboh untuk melakukan penculikan dan lain-lain jenayah rentas sempadan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, usaha berkenaan juga adalah bagi menjamin keselamata­n dan kesejahter­aan rakyat Sabah yang menjadi pengguna perairan dan yang berada di daratan dalam kawasan ESSZone.

Menurutnya, dengan pelaksanaa­n perintah ini juga akan mampu memudahkan penguatkua­saan dan pemantauan terhadap pergerakan bot selain menimbulka­n rasa selamat dan yakin kepada pengusaha chalet serta nelayan dengan kehadiran kapal anggota keselamata­n di sekitar kawasan mereka.

“Saya juga memberi kuasa kepada semua

Ketua Polis Daerah di ESSZone mengeluark­an permit kepada mana-mana pemohon yang memenuhi syarat bagi tujuan aktivitiak­tiviti perikanan atau laluan melalui kawasan perintah berkurung yang mendesak,” katanya.

Pelaksanaa­n perintah berkurung meliputi kawasan perairan daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatang­an, Sandakan dan Beluran.

 ??  ?? HAZANI
HAZANI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia