Utusan Borneo (Sabah)

Satu kluster baharu COVID-19 di Kota Kinabalu

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Satu kluster baharu COVID19 dilaporkan di sini iaitu Kluster Batu lima yang mencatatka­n sebanyak 27 kes berkaitan dengan saringan kontak di kilang besi.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kluster berkenaan seterusnya menyumbang kepada jumlah kes baharu COVID-19 pada 29 November 2020 iaitu sebanyak 290 kes.

“Keadaan itu menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 28,445 kes. Satu kes kematian dilaporkan di daerah Tawau.

“Seramai 315 pesakit COVID-19 telah sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 25,108 orang.

“Sejumlah 2,252 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 649 orang di hospital dan 1,603 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC). Bilangan pesakit COVID-19 dalam Unit Rawatan Rapi ialah 70 orang dan 17 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

Beliau berkata, daripada 290 kes positif COVID-19 berkenaan, 128 kes adalah berpunca dari saringan kontak rapat, 90 kes daripada saringan kluster baharu dan sedia ada, saringan bergejala 23 kes saringan komuniti 11 kes dan 38 kes adalah dari lain-lain kategori.

Katanya, kerajaan juga bersetuju untuk melanjutka­n Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) di Kampung Numbak dan Penempatan Telipok selama 14 hari lagi bermula 30 November sehingga 13 Disember depan.

“Sehingga 27 November 2020, Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahka­n masih terdapat 109 kes aktif di Kg. Numbak, manakala 136 kes aktif di Penempatan Telipok.

“Selain jumlah kes aktif yang masih tinggi, terdapat ramai lagi penduduk di kedua-dua lokaliti ini yang perlu menjalani ujian saringan,” katanya.

 ??  ?? MASIDI
MASIDI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia