Utusan Borneo (Sabah)

Kuarantin kendiri cegah COVID-19

-

KOTA KINABALU: Individu yang berisiko perlu melaksanak­an kuarantin kendiri bagi menggelak daripada menjangkit­i dan dijangkiti virus COVID-19.

Ini merupakan antara langkah yang dianjurkan oleh Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) dalam prosedur operasi standard (SOP)kepada orang ramai.

Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Jaringan Masyarakat) Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof. Madya Dr. Azizan Omar berkata, secara dasarnya individu yang perlu melaksanak­an kuarantin di rumah merupakan mereka yang mempunyai kontak rapat dengan kes positif COVID-19 tetapi mendapat keputusan negatif dalam ujian saringan.

“Selain itu, individu yang mempunyai gejala seperti yang dinyatakan KKM serta mereka yang pernah berada atau mengunjung­i kawasan yang disahkan terdapat kluster positif COVID-19 juga perlu menjalani kuarantin di rumah.

“Satu lagi kategori ialah golongan orang yang berada di bawah pengawasan (Person Under Surveillan­ce) seperti mereka yang baru balik dari luar negara juga dikehendak­i untuk menjalani kuarantin,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam temubual Siri Pendidikan dan Kesihatan COVID-19 UMS secara langsung melalui platform laman Facebook rasmi UMS Official dan saluran YouTube UMS Net.

Dr. Azizan menambah, antara perkara yang perlu dilihat apabila membenarka­n individu menjalani kuarantin adalah sama ada rumah untuk menjalani kuarantin adalah sesuai seperti mempunyai bilik atau tandas berasingan, tidak mempunyai gejala, dan bukan dalam golongan berisiko seperti mereka yang mempunyai penyakit kronik, kencing manis dan sebagainya.

“Tempoh menjalani kuarantin adalah selama 14 hari dari hari pertama menjalani ujian saringan, dan sekiranya seseorang mempunyai tandatanda gejala perlu segera memaklumka­n pihak KKM.

“Apa yang penting ketika melaksanak­an kuarantin kendiri adalah untuk terus duduk di rumah dan jangan keluar, duduk di bilik berasingan, jangan bercampur atau kurangkan kontak dengan ahli rumah, terus mematuhi SOP yang disarankan KKM serta memastikan aspek kebersihan pada tahap tertinggi,” katanya.

Siri Pendidikan dan Kesihatan COVID-19 UMS yang dikendalik­an Ketua Jabatan Pendidikan Perubatan FPSK Dr. Fatimah Ahmedy merupakan inisiatif Pusat Kesiapsiag­aan dan Tindakan COVID-19 dengan kerjasama Pusat Pengurusan Strategik dan Komunikasi Korporat sebagai platform perkongsia­n informasi oleh pakar-pakar perubatan UMS kepada masyarakat.

 ??  ?? BERSAMA: Dr. Azizan dan Dr. Fatimah Ahmedy dalam Siri Pendidikan dan Kesihatan COVID-19 yang disiarkan secara langsung melalui laman Facebook rasmi UMS Official dan saluran YouTube UMS Net.
BERSAMA: Dr. Azizan dan Dr. Fatimah Ahmedy dalam Siri Pendidikan dan Kesihatan COVID-19 yang disiarkan secara langsung melalui laman Facebook rasmi UMS Official dan saluran YouTube UMS Net.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia