Utusan Borneo (Sabah)

Geran intensif perniagaan untuk belia Kg. Meridi Ranau

-

RANAU: Selaras dengan salah satu teras Kelab Belia Kg. Meridi di sini, ‘Agribisnes­s Competatio­n’ bagi menggalakk­an daya kreativiti dan inovasi dalam kalangan belia terhadap perniagaan di samping melahirkan ikon belia dalam bidang usahawan masa depan.

Pengerusi Kelab Belia Kg. Meridi Ranau Mohd. Fadzwan Ali berkata, geran intensif itu diperkenal­kan untuk membantu belia-beliawanis kampung berkenaan memulakan perniagaan mereka dan memberikan sokongan moral kepada mereka yang berminat atau yang sedang berusaha mewujudkan perniagaan bagi memajukan diri dan keluarga.

Menurutnya, antara kriteria yang diberikan perhatian adalah mereka yang sudah memulakan perniagaan sekurang-kurangnya tiga bulan dari tarikh permohonan, belum mempunyai premis atau gerai sendiri untuk berniaga dan mempunyai produk atau perkhidmat­an seperti menjual makanan, minuman, menjahit kasut dan selipar ataupun menjual sayur-sayuran dan buah-buahan.

“Tahniah kepada beliabelia­wanis yang berjaya memohon geran intensif ini. Semoga dengan adanya program seperti ini beliabelia­wani Kg. Meridi lebih bersemanga­t, bermotivas­i dan berminat untuk berjaya dalam bidang perniagaan,” katanya.

Beliau memaklumka­n, rekod setakat ini sudah 20 orang pemohon belia yang berjaya mendapat manfaat geran intensif berkenaan iaitu Fasa Pertama (5 orang), Fasa Kedua (4 orang) dan Fasa Ketiga melibatkan 11 orang.

“Saya mewakili belia-beliawanis Kg. Meridi, merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada pemimpin kita yang prihatin membantu meningkatk­an ekonomi golongan belia.

“Semoga sumbangan Timbalan Menteri Dalam Negeri II yang juga Ahli Parlimen Ranau Jonathan Yasin yang menyediaka­n geran inisiatif kelab ini mampu menyuntik motivasi belia Meridi untuk terus berusaha memajukan diri, keluarga dan masyarakat,” katanya, sambil berterima kasih kepada Jonathan kerana menyumbang RM4,000 setakat ini.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Salah seorang beliawanis, pengusaha gerai makanan dan minuman menerima sumbangan geran intensif.
TERIMA KASIH: Salah seorang beliawanis, pengusaha gerai makanan dan minuman menerima sumbangan geran intensif.
 ??  ?? TERBAIK: Mohd. Fadzwan (kanan) menyampaik­an sumbangan kepada pemilik gerai menjahit kasut.
TERBAIK: Mohd. Fadzwan (kanan) menyampaik­an sumbangan kepada pemilik gerai menjahit kasut.
 ??  ?? SYABAS: Salah seorang lagi beliawanis pengusaha gerai sayur dan buah-buahan terima sumbangan geran intensif itu.
SYABAS: Salah seorang lagi beliawanis pengusaha gerai sayur dan buah-buahan terima sumbangan geran intensif itu.
 ??  ?? SYUKUR: Salah seorang usahawan belia Kg. Meridi menerima sumbangan disampaika­n Mohd. Fadzwan (kanan).
SYUKUR: Salah seorang usahawan belia Kg. Meridi menerima sumbangan disampaika­n Mohd. Fadzwan (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia