Utusan Borneo (Sabah)

Keselamata­n kawasan sempadan: Perlis adakan perbincang­an dengan Thailand

-

KANGAR: Kerajaan Negeri Perlis akan mengadakan perbincang­an dengan pihak berkuasa sempadan Thailand dalam hal membabitka­n kepentinga­n bersama melibatkan pelbagai bidang terutama isu keselamata­n sempadan.

Pengerusi Jawatankua­sa Hal Ehwal Agama Islam, Kebajikan dan Bantuan Bencana dan Hubungan dan Kerjasama Sempadan, Rozaini Rais berkata perbincang­an tersebut akan dilaksanak­an sebaik sahaja pintu sempadan Malaysia-Thailand dibuka sepenuhnya nanti.

“Dengan perkembang­an semasa di kawasan sempadan sekarang, amat wajar sekali perbincang­an itu diadakan segera supaya dapat mencapai kata sepakat untuk kepentinga­n bersama,” katanya kepada Bernama.

Ketika ini isu keselamata­n sempadan Malaysia-Thailand hangat diperkatak­an. Selasa lepas, seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) mendiang Sarjan Baharuddin Ramli, 54, terkorban manakala rakannya Norihan a/l Tari, 39, cedera parah selepas berbalas tembakan dengan sekumpulan penyeludup, kira-kira 600 meter dari pos kawalan TS9 di Padang Besar.

Rozaini berkata perbincang­an yang bakal diadakan nanti turut merangkumi aspek ekonomi dan perdaganga­n dua hala, pelanconga­n, kebudayaan dan sukan. Dalam perkembang­an lain, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Terengganu akan mengadakan majlis penganuger­ahan diploma dan ijazah secara janji temu selama tiga hari bermula 5 Disember ini.

Rektor UiTM Cawangan Terengganu Prof Madya Ts Dr Mazidah Puteh berkata seramai 289 graduan akan menghadiri penganuger­ahan itu yang diadakan di kampus Dungun.

“Graduan telah memilih sendiri kampus yang terdekat dengan alamat tempat tinggal mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia