Utusan Borneo (Sabah)

Saringan COVID-19 pekerja warga asing bermula hari ini

Sebagai permulaan, ujian tertumpu kepada kawasan berisiko tinggi

-

KUALA LUMPUR: Bermula hari ini, majikan perlu melakukan saringan COVID-19 terhadap pekerja warga asing di beberapa kilang yang dikenal pasti oleh Kementeria­n Sumber Manusia, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamata­n) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya sebagai permulaan, ujian itu tertumpu kepada kawasan berisiko tinggi di Selangor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Sabah serta Labuan.

Beliau berkata syarikat yang terlibat perlu menyediaka­n Stesen Kuarantin (QS) serta Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) yang bersesuaia­n.

“Syarikat juga perlu menanggung kos pengurusan QS dan PKRC, saraan makan minum dan penginapan pekerja. Majikan juga perlu menyediaka­n pengangkut­an bagi membawa pekerja ke QS dan PKRC serta menanggung kos saringan COVID-19

Syarikat juga perlu menanggung kos pengurusan QS dan PKRC, saraan makan minum dan penginapan pekerja. Majikan juga perlu menyediaka­n pengangkut­an bagi membawa pekerja ke QS dan PKRC serta menanggung kos saringan COVID19 pekerja. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Menteri Kanan (Kluster Keselamata­n)

pekerja.

“Jika pekerja positif ujian Antigen Rapid Test Kid (RTK-Ag) dan tiada gejala, pekerja boleh ditempatka­n di asrama pekerja yang disediakan oleh majikan dengan pengasinga­n daripada pekerja yang negatif RTK-Ag,” katanya pada sidang media harian perkembang­an Perintah Kawalan Pergerakan di sini semalam.

Beliau berkata sekiranya keadaan asrama tidak bersesuaia­n, pekerja perlu ditempatka­n di PKRC yang disediakan oleh majikan.

Dalam pada itu Ismail Sabri berkata bagi pekerja didapati positif ujian RTKAg dan mempunyai gejala serius, mereka dimasukkan ke hospital manakala pekerja disahkan positif melalui ujian RT-PCR boleh terus ditempatka­n di PKRC yang disediakan majikan atau dimasukkan ke hospital.

“Pekerja positif ujian RTK-Ag dan mempunyai gelaja ringan, mereka ditempatka­n di PKRC yang disediakan oleh pihak majikan.

Semua pesakit didiscaj perlu dipakaikan gelang pengawasan berwarna berlainan daripada warna gelang HSO (pelaksanaa­n perintah pengawasan dan pemerhatia­n di rumah),” katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 741 individu atas kesalahan ingkar arahan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan daripada jumlah itu 720 individu dikenakan kompaun dan selebihnya direman.

 ??  ?? ISMAIL SABRI
ISMAIL SABRI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia