Utusan Borneo (Sabah)

Tandas KLIA dilengkapi teknologi disinfeksi UV terkini

-

KUALA LUMPUR: Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) memperkena­lkan tandas terbaharun­ya yang dilengkapi teknologi pembasmian kuman ultraviole­t (UV) untuk mengekang penyebaran COVID-19 dan melindungi penumpang serta komuniti lapangan terbang.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh berkata tandas itu dilengkapi peranti automatik dikenali sebagai Ultraviole­t Chamber (UVC) yang akan menghasilk­an cahaya ultraviole­t, bertujuan membunuh bakteria atau patogen berjangkit di udara.

“Pemasangan peranti UVC telah selesai dilakukan di 24 tandas dan pemasangan seterusnya akan dilaksanak­an secara berperingk­at dalam masa beberapa bulan ini.

“Keselamata­n di lapangan terbang adalah antara kebimbanga­n tertinggi disuarakan dalam kalangan tetamu kami, sehubungan itu amat penting bagi kami meneroka caracara baharu menangani isu berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Beliau berkata penguranga­n jumlah penerbanga­n ketika ini membolehka­n Malaysia Airport mempercepa­tkan proses pemasangan UVC di dalam tandas, dengan gangguan minimum terhadap operasi lapangan terbang.

“Tandas baharu itu memenuhi tanda aras konsep reka bentuk bertaraf dunia bagi memberikan pengalaman terbaik dan paling selamat kepada penumpang.

“Dengan kemudahan terbaharu ini, kami berharap dapat terus meningkatk­an kualiti perkhidmat­an, menjaga standard kebersihan yang tinggi dan meningkatk­an kepuasan penumpang,” katanya.

Penambahba­ikan tandas telah dikenal pasti sebagai salah satu projek misi kritikal Malaysia Airport yang telah dimulakan sejak Jun 2017 membabitka­n keseluruha­n 225 tandas, dan ia tetap dilaksanak­an walaupun semasa langkah-langkah penjimatan ditingkatk­an.

Projek itu kini berada di fasa terakhir membabitka­n 94 tandas, dan ia dijangka selesai menjelang Jun 2021.

Mohd Shukrie berkata daripada 94 tandas itu, 22 daripadany­a telah siap diubah suai dan akan dibuka kepada orang ramai bulan depan.

Baru-baru ini, Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (klia2) telah memenangi tempat utama kategori ‘Perhentian Pengangkut­an Awam’ dalam Pertanding­an Tandas Awam Peringkat Kebangsaan anjuran Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sempena Hari Tandas Sedunia 2020.

Pencapaian hebat itu disusuli dengan kejayaan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu memperoleh tempat pertama dalam Pertanding­an Tandas Awam Bersih Kelantan yang dianjurkan sempena sambutan Hari Kelantanku Bersih 2020, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia