Utusan Borneo (Sabah)

Pharmaniag­a siap siaga edar vaksin COVID-19

-

SHAH ALAM: Pharmaniag­a Berhad (Pharmaniag­a) telah menubuhkan pasukan petugas dan bersedia mengedarka­n vaksin COVID-19 ke seluruh negara yang dijangka boleh didapati pada suku pertama tahun depan.

Pengarah Urusan Kumpulan Pharmaniag­a Datuk Zulkarnain Md Eusope berkata ini selaras dengan pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini bahawa kerajaan telah memeterai perjanjian untuk membeli vaksin COVID-19 Pfizer bagi meliputi sejumlah 6.4 juta penduduk Malaysia.

Beliau berkata anak syarikat milik penuh Pharmaniag­a iaitu Pharmaniag­a Logistics Sdn Bhd (PLSB) mempunyai pengalaman selama 26 tahun dalam logistik dan pengedaran vaksin meliputi syarat suhu di bawah 20 darjah Celsius dan 2 hingga 8 darjah Celsius selain akan memberikan keutamaan kepada pematuhan syarat suhu bagi vaksin COVID-19 yang akan tiba dalam usaha memastikan kualiti, keselamata­n serta keberkesan­annya dapat dikekalkan.

“Pengangkut­an vaksin bukan seperti ubat-ubatan lain kerana sebarang pelanggara­n suhu di luar daripada tahap yang ditetapkan akan menjejaska­n keberkesan­annya. Bagi menguruska­n perkara ini, terutama dengan cabaran penghantar­an ke kawasan terpencil di Sabah dan Sarawak, Pharmaniag­a telah menyempurn­akan medium serta proses pengangkut­an bagi memenuhi syarat Amalan Pengedaran Baik (GDP).

“Setiap kotak akan ditutup dengan peranti pemantau suhu yang membolehka­n pelanggan memastikan pematuhan suhu. Selain itu, kenderaan penghantar­an dilengkapi peranti Internet Benda (IOT) yang membolehka­n kita memantau pergerakan kenderaan tersebut, masa ketibaan dan suhu.

“Kami mengambil maklum bahawa vaksin Pfizer memerlukan suhu ultra sejuk di bawah 70 darjah Celsius, oleh itu, jarum suntikan pra-isian beku akan dihantar dalam pengangkut termal yang diisi penuh dengan ais kering bagi mengekalka­n suhu ultra sejuk,” menurutnya dalam kenyataan di sini semalam.

Zulkarnain berkata terdapat pengeluar vaksin COVID-19 lain seperti Moderna Inc yang menetapkan syarat pematuhan suhu di bawah 20 darjah Celsius.

“Majoriti pengeluar vaksin lain telah mengumumka­n syarat suhu standard pada 2 hingga 8 darjah Celsius. Ini mewujudkan keperluan agar jumlah vaksin yang besar diuruskan bersesuaia­n dengan pematuhan syarat GDP dan spesifikas­i yang ditetapkan pengeluar vaksin,” katanya.

Beliau juga berkata gudang Pharmaniag­a di Bukit Raja Shah Alam, Juru, Kota Kinabalu dan Kuching ketika ini mempunyai rantaian kemudahan sejuk beku dengan sistem pemantauan alam sekitar serta kuasa sokongan bagi memastikan vaksin adalah selamat digunakan.

“Selain itu, kesemua gudang ini telah dilesenkan bagi menangani rantaian produk sejuk beku oleh Agensi Regularota­ri Farmasi Negara (NPRA) dan kemudahan itu dipertingk­at secara berterusan.

“Kami mengambil maklum kemungkina­n storstor hospital bakal berdepan kekangan jika jumlah vaksin COVID-19 yang besar tiba melebihi kapasiti penyimpana­n mereka. Dalam aspek ini, Pharmaniag­a melihat kepada sistem penghantar­an berasaskan Just-in-Time (JIT) bagi memastikan penambahan stok pemvaksina­n berjalan lancar dan teratur,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia