Utusan Borneo (Sabah)

Gelanggang sepak takraw Awas semarak kembali pemain setempat

- Oleh Henry Bating

KENINGAU: Pembinaan gelanggang sepak takraw Kg Awas Awas diharap dapat mengembali­kan zaman kegemilang­an pasukan takraw kampung berkenaan yang sering muncul di peringkat daerah suatu masa dahulu.

Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik berkata, beliau mengagumi beberapa pemain takraw dari kampung berkenaan yang amat menyinar di daerah ini pada tahun 1970-an dan 1980-an.

“Pewujudan gelanggang sepak takraw di Kg Awas Awas diharapkan mampu menyemarak­kan kembali sukan berkenaan kepada generasi muda,” jelasnya.

Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor berkata demikian ketika meninjau gelanggang sepak takraw Kg Awas Awas, Bingkor yang siap pembinaann­ya dan sedia digunakan kelmarin.

Menurutnya, pada tahun 1970-an dan 1980-an, sukan sepak takraw merupakan antara sukan yang diminati di sini selain sukan bolasepak.

Mengikut rekod, antara pelopor sukan sepak takraw di Kg Awas Awas ialah Sius Siarus dan beberapa belia lain yang sering menyertai pertanding­an di peringkat daerah dan mukim di kawasan ini.

Manakala dalam sukan bolasepak, beberapa pemain dari lingkungan kampung berkenaan berjaya mewakili negeri seperti Speddy Sumping, Simon Linus Madan (Kg Binaong) dan Collin Joe Abin (Kg Tandian Minansut).

Robert seterusnya melahirkan harapan agar kemudahan sukan itu dapat memberi ruang kepada golongan belia untuk melakukan aktiviti sihat di samping menjadi medan penyatuan masyarakat.

“Seterusnya, kemudahan ini dapat mengelakka­n gejala sosial negatif dalam kalangan remaja yang boleh merosakkan masa depan mereka,” katanya.

Turut mengiringi Robert dalam lawatan itu ialah Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Junior Fred Vincent Marukau.

 ??  ?? SIAP: Robert (tengah) meninjau gelanggang takraw Awas Awas.
SIAP: Robert (tengah) meninjau gelanggang takraw Awas Awas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia