Utusan Borneo (Sabah)

Menara komunikasi penyelesai­an terbaik isu Internet Kampung Gusi

-

Pembinaan menara komunikasi merupakan penyelesai­an terbaik bagi mengatasi isu liputan Internet jalur lebar di kawasan Kampung Gusi, Ranau, kata Pengerusi Common Tower Techonolog­ies Sdn Bhd (CTT) Ghazalie Ansing.

Beliau berkata ini kerana masalah Internet di kawasan itu adalah berpunca daripada radius jaringan jalur lebar yang tidak cukup meluas dan ia boleh diselesaik­an dengan adanya menara komunikasi yang mempunyai radius liputan yang lebih meluas.

“Di Kampung

Gusi, capaian terhad menyebabka­n pelajar sekolah terpaksa mencari lokasi tertentu untuk membolehka­n mereka mengakses jalur lebar. Bagi memastikan jalur lebar boleh diakses dari tempat tinggal tanpa pelajar keluar dari rumah, pembinaan menara telekomuni­kasi adalah penyelesai­an mutlak.

“Radius capaian jalur lebar yang mencecah beberapa kilometer membolehka­n bukan sahaja pelajar sekolah, tetapi para penduduk Kampung Gusi dan penghuni di kawasan sekitarnya turut mendapat manfaat,” katanya menerusi kenyataan di sini semalam.

Pada 23 Nov lepas, tiga pelajar cedera selepas terjatuh ketika menyusuri jambatan gantung di Kampung Gusi untuk mendapatka­n rangkaian Internet bagi mengikuti kelas dalam talian.

Semalam, Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerusi kenyataan memaklumka­n akan melaksanak­an penyelesai­an sementara dengan menyediaka­n perkhidmat­an jalur lebar kepada Kampung Gusi melalui teknologi ‘Very Small Aperture Terminal’ (VSAT) dengan sokongan CTT.

Selain itu, MCMC memaklumka­n tiga menara telekomuni­kasi akan dibina berhampira­n Kampung Gusi di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).

Ghazalie berkata VSAT mampu memberikan capaian jalur lebar pada radius kira-kira 100 hingga 200 meter sahaja, justeru piring pemancar akan diletakkan di kawasan sekolah untuk kemudahan pelajar dan CTT menyambut baik pembinaan tiga menara itu sebagai penyelesai­an mutlak isu Internet di kawasan itu.

“Pembinaan menara telekomuni­kasi perlu diperbanya­kkan di seluruh negeri terutama di kawasan luar bandar untuk memastikan masyarakat­nya turut mendapat akses jalur lebar terbaik seperti yang dinikmati masyarakat bandar,” katanya.

CTT merupakan sebuah anak syarikat milik penuh Warisan Harta Sabah Sdn Bhd sebuah cabang pelaburan Kerajaan Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia