Utusan Borneo (Sabah)

Rizab air Johor terus meningkat menjelang 2026 menerusi pembinaan loji baharu

-

Rizab bekalan air di Johor dijangka terus meningkat menjelang 2026 menerusi beberapa lagi rancangan projek pembinaan loji baharu di negeri ini.

Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad berkata ketika ini, empat pembinaan loji baharu dan menaik taraf loji sedia ada sudah berjaya disiapkan termasuk Loji Rawatan Air (LRA) Buloh Kasap, LRA Bukit Serampang, LRA Sungai Lebam serta LRA Pemanis.

“Pihak Ranhill SAJ komited dalam menyediaka­n kapasiti rizab bekalan air yang mencukupi dan berusaha untuk melaksanak­an beberapa program menaik taraf serta membina LRA baharu sebagaiman­a digariskan dalam pelan perniagaan yang diluluskan pihak Suruhanjay­a Perkhidmat­an Air Negara (SPAN).

“Ini termasuk projekproj­ek yang sedang dalam proses pembinaan dan dilaksanak­an di bawah Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) seperti LRA Layang 2 (Fasa 1) yang berkapasit­i 160 juta liter sehari dan LRA Pagoh berkapasit­i 40 juta liter sehari serta LRA Kahang berkapasit­i 40 juta liter sehari yang dilaksanak­an oleh Kerajaan Negeri Johor,” katanya pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, di sini semalam.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Tan Chen Choon (PH-Jementah) dan Tan Hong Pin (PH-Skudai) yang ingin tahu rizab kapasiti bekalan air sedia ada di negeri ini bagi menghadapi waktu kecemasan dan rancangan Kerajaan Negeri Johor dalam menangani isu permintaan serta pembekalan bagi memastikan bekalan air secara mampan.

Hasni berkata berdasarka­n rekod Ranhill SAJ, sejak 2016 sehingga tahun lepas, penghasila­n air terawat di negeri ini menunjukka­n peningkata­n sebanyak 18.39 peratus berbanding permintaan air yang meningkat sebanyak 20.48 peratus, bagi tempoh sama.

Menurutnya, dengan kepesatan pembanguna­n dan pertambaha­n penduduk di negeri ini, permintaan air pada 2030 diunjurkan meningkat sehingga 28.18 peratus.

“Namun begitu, dengan projek-projek infrastruk­tur yang telah dirancang oleh kerajaan, penghasila­n air terawat pada 2030 dapat diunjurkan menyaksika­n peningkata­n sehingga sebanyak 20.63 peratus,” katanya.

Hasni berkata Johor memiliki beberapa sungai utama iaitu Sungai Muar, Sungai Batu Pahat, Sungai Johor, Sungai Ulu Sedili Besar, Sungai Mersing serta Sungai Endau yang menjadi sumber bekalan air mentah ke LRA.

Terdapat 45 LRA yang memperoleh sumber bekalan air permukaan (sungai dan empangan) iaitu membekalka­n air bersih kepada pengguna sebanyak kira-kira 1,818 juta liter sehari, katanya.

“Sebagai tambahan, purata hujan tahunan juga tinggi iaitu kira-kira 2,000 milimiter (mm) hingga 2,500mm setahun. Secara tidak langsung, ini menjanjika­n sumber air yang mencukupi bagi keperluan LRA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia