Utusan Borneo (Sabah)

Berasak-asak beli emas, 23 individu dikompaun

-

KOTA BHARU: Gara-gara ‘berasak-asak’ di kedai emas tanpa mengendahk­an prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi, polis Kelantan mengeluark­an 23 kompaun kepada pemilik dan pelanggan premis berkenaan di sini, kelmarin.

Ketua Polis Kelantan DCP Shafien Mamat berkata penurunan harga emas sejak minggu lepas menyebabka­n banyak kedai emas menjadi tumpuan sehingga ada yang ‘bertolak-tolak’ kerana mahu membeli emas.

“Dalam keadaan seperti itu, sudah pasti ada pelanggan yang mengabaika­n SOP seperti penjarakan fizikal. Pemilik premis juga gagal menyediaka­n peralatan lain seperti penyukat suhu kerana mungkin terlalu sibuk melayan pelanggan,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, semalam.

Sehubungan itu, beliau berkata polis Kelantan kini memantau kira-kira 35 kedai emas di sekitar Kota Bharu bagi memastikan pemilik dan pelanggan mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan susulan pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri ini.

Shafien berkata langkah itu berikutan langkah keselamata­n bagi mengekang penyebaran COVID-19 seperti penyediaan alat penyukat suhu, pensanitas­i tangan, pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal dilihat kurang dititikber­atkan.

Jelasnya, polis menyeru kepada masyarakat supaya mematuhi SOP supaya dapat memutuskan rantaian wabak itu secepat mungkin.

“Jikalau kita patuh kepada segala arahan...insya-Allah keadaan akan kembali pulih seperti sediakala. Setakat ini kita mengarahka­n agar mereka (pemilik premis dan pelanggan) supaya mematuhi SOP dan polis akan sentiasa pantau.

“Namun, sekiranya mereka masih berdegil, polis akan bekerjasam­a dengan pihak berkuasa tempatan supaya tindakan menutup premis dilakukan,” katanya.

Pemilik premis sepatutnya meletakkan garisan atau tali bagi mendisipli­nkan pelanggan supaya beratur sebelum memasuki premis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia