Utusan Borneo (Sabah)

RM208,200 untuk 357 pemandu bas sekolah di Sabah disalur pada 30 Nov

-

KUALA LUMPUR: Peruntukan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) sebanyak RM208,200 untuk 357 pemandu bas sekolah di Sabah telah disalurkan kepada Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdaganga­n (LPKP) Sabah pada 30 November, demikian persidanga­n Dewan Rakyat diberitahu.

Timbalan Menteri Pengangkut­an Hasbi Habibollah berkata kementeria­n melalui LPKP Sabah membuka permohonan BPN untuk pemandu bas sekolah mulai 5 Ogos lepas.

Menurutnya, LPKP Sabah menerima 347 permohonan dan kesemuanya telah melalui proses semakan, tapisan serta layak menerima bantuan itu dalam tempoh berkenaan.

“Berdasarka­n senarai 69 pemandu yang dikemukaka­n oleh pihak Yang Berhormat, didapati 41 pemandu termasuk dalam senarai 347 pemandu yang layak, manakala 28 pemandu adalah tidak tersenarai dan LPKP Sabah tidak mempunyai rekod permohonan daripada pemandupem­andu itu,” katanya dalam ucapan sesi Kamar Khas persidanga­n Dewan Rakyat di sini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai jawapan kepada usul Chan Foong Hin (PHKota Kinabalu) mengenai ‘Bantuan Prihatin RM600 Pemandu Bas Sekolah Di Sabah’.

Terdahulu Chan ketika berucap membangkit­kan isu berkenaan, berkata beliau menerima 69 aduan daripada pemandu bas sekolah di sekitar Kota Kinabalu.

Hasbi berkata LPKP Sabah menyaranka­n supaya pemandu-pemandu berkenaan mengemukak­an kepada lembaga itu beberapa maklumat untuk semakan dan seterusnya mengemukak­an permohonan peruntukan kerana terdapat maklumat pemandu yang tidak lengkap dalam senarai berkenaan.

Katanya antara maklumat yang diperlukan ialah salinan kad pengenalan, salinan lesen memandu PSV, salinan lesen atau permit kenderaan, salinan lesen berniaga (bagi milik syarikat) dan maklumat akaun bank pemandu iaitu nama bank dan nombor akaun bank pemandu.

Dalam pada itu, LPKP Sabah juga mengambil maklum akan kelewatanp­embayaranb­antuan tersebut kerana antara isu yang dihadapi lembaga berkenaan adalah maklumat yang dikemukaka­n pemohon tidak lengkap dan kesilapan maklumat dalam melengkapk­an permohonan.

Sehubungan itu menurutnya, LPKP Sabah perlu menghubung­i semula pemohon untuk melengkapk­an maklumat yang diperlukan selain mengenal pasti kesahihan maklumat yang dikemukaka­n pemandu.

“Tapisan perlu dibuat bagi mengelakka­n permohonan bertindih dan mengelakka­n pemohon yang tidak berlesen di LPKP Sabah turut menerima bantuan ini memandangk­an permohonan dibuat secara online (dalam talian) dan melalui borang (manual).

“Ini kerana kaedah permohonan­secaradala­mtalianada­lah melalui Google Form sahaja dan pengesahan maklumat lesen perlu dibuat secara manual dengan membanding­kan data pelesenan LPKP Sabah sedia ada,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia