Utusan Borneo (Sabah)

Perkongsia­n awam-swasta mungkin menyelamat­kan Zoo Negara kita

-

KUALA LUMPUR: Oleh sebab kedudukan kewangan Zoo Negara tidak begitu kukuh ketika ini kerana keputusan kerajaan untuk menghentik­an pemberian dana kepada mereka, maka ini adalah masa yang tepat untuk perkongsia­n awamswasta (PPP) strategik yang bukan sahaja dapat menyelamat­kan Zoo Negara tetapi menempatka­nnya di landasan yang lebih lestari ke hadapan.

Dilaporkan bahawa Menteri Tenaga dan Sumber Asli Shamsul Anuar Nasarah mengatakan bahawa zoo dan pengendali pameran tetap tidak harus terus bergantung kepada Putrajaya untuk menampung kos operasi mereka.

Walaupun pembiayaan Zoo Negara dikendalik­an secara eksklusif oleh institusi swasta, khususnya oleh badan bukan kerajaan (NGO) dan sumbangan orang ramai, kerajaan tidak boleh melepaskan tugas hakiki mereka untuk memastikan daya maju kewangan dan kelestaria­n Zoo Negara.

Kerajaan juga dapat membantu dengan memberikan geran yang sepadan kepada Zoo Negara diikuti dengan gabungan dana oleh NGO dan sumbangan orang ramai yang pasti dapat menyelamat­kannya daripada penutupan penuh gara-gara wabak COVID-19.

Kelangsung­an negara terhadap wabak tersebut sangat memberi kesan kepada Zoo Negara kerana ia banyak bergantung kepada jumlah pengunjung, dana dan sumbangan yang mencukupi oleh orang awam.

Dr Mat Naim Ramli, Pengarah Zoologi, Veterinar dan Pusat Konservasi Giant Panda Zoo Negara melaporkan bahawa Zoo Negara menghadapi krisis kewangan dan dijangka mempunyai dana kecemasan selama tiga bulan sahaja gara-gara gelombang ketiga jangkitan COVID-19.

Ternyata ini bukanlah situasi yang baik bagi Zoo Negara kita kerana mereka tidak seharusnya menanggung beban yang banyak akibat wabak tersebut, terutamany­a haiwan yang tidak perlu menjadi mangsa keadaan ketika detik yang belum pernah terjadi sebelum ini.

Bukan hanya itu, ia akan menjadi cabaran nyata bagi

Zoo Negara untuk kembali pulih semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kerana ia sudah pasti mencabar untuk mencapai penjualan tiket, penjualan produk dan perkhidmat­an pada masa ini.

Shamsul mengatakan bahawa kementeria­nnya telah berunding dengan pemain industri dan Persatuan Taman Zoologi dan Aquaria Malaysia untuk mengkaji peraturan yang merangka operasi mereka di bawah Akta Pemulihara­an Hidupan Liar untuk memastikan kelestaria­n dan kesejahter­aan haiwan.

Walaupun begitu, kerajaan harus mempertimb­angkan PPP sebagai cara untuk meredakan masalah kewangan yang dihadapi oleh Zoo Negara iaitu perjanjian kerjasama antara sektor awam dan swasta untuk membantu Zoo Negara semasa krisis.

Kemungkina­n operasi harian harus dikendalik­an oleh sektor swasta dan kerajaan harus terus menolong Zoo Negara dengan cara lain seperti pengagihan perbelanja­an modal antara kerajaan dan sektor swasta sementara perbelanja­an mengurus zoo dapat diuruskan sepenuhnya oleh sektor swasta.

Bagi menyelesai­kan lagi masalah kewangan, kerajaan harus terus mengkaji untuk menghentik­an sementara dana lain yang tidak perlu bagi institusi yang kurang terjejas dan perlu lebih fokus pada cabaran Zoo Negara pada masa ini, bahkan mungkin meletakkan Zoo Negara di bawah Yayasan atau Amanah.

Hal ini juga melibatkan insentif cukai untuk penaja swasta seperti bagaimana kerajaan telah bersetuju untuk meningkatk­an potongan cukai kepada mereka yang menaja kegiatan berkaitan kesenian, kebudayaan dan warisan dalam Belanjawan 2020.

Ia akan turut bermanfaat bagi Zoo Negara semasa krisis pandemik seperti perancanga­n kerajaan untuk menarik minat penaja swasta dan meyakinkan mereka untuk membiayai sektor kesenian, kebudayaan dan warisan di Malaysia.

Selain itu, Ahli Parlimen DAP Hannah Yeoh juga mengatakan anggaran RM85.5 juta yang diperuntuk­kan untuk Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) sebaliknya boleh digunakan untuk beberapa perkara lain seperti membiayai operasi Zoo Negara selama sekitar tujuh tahun.

Dengan mengambil Perak sebagai contoh, kerajaan negeri menyebut bahawa mereka mungkin dapat memperuntu­kkan dana kepada Zoo Taiping yang memerlukan kira-kira RM400,000 sebulan untuk kos operasi.

Walaupun Zoo Negara kita memerlukan sekitar RM1 juta sebulan untuk kos operasinya dan ternyata lebih besar daripada Zoo Taiping, ia mungkin dapat dikendalik­an dengan jayanya melalui kerjasama dana oleh PPP.

Situasi ini berkait rapat dengan institusi swasta yang menerima dana kerajaan setiap tahun seperti Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman iaitu contoh terbaik bahawa kerajaan harus terus membiayai Zoo Negara walaupun diswastaka­n.

Seterusnya,kerajaanmu­ngkin ingin mengatasi masalah itu melalui langkah-langkah berkesan untuk menarik pelabur asing, iaitu bermaksud bahawa sesuatu harus dilakukan untuk menarik minat organisasi antarabang­sa yang berpotensi ingin melabur dalam Zoo Negara.

Baru-baru ini, seorang individu terkenal Ustaz Ebit Liew juga telah menerima panggilan untuk membantu Zoo Negara bagi menyelamat­kan haiwan di sana kerana gelombang ketiga jangkitan COVID-19 menyukarka­n zoo untuk menjana pendapatan yang mencukupi untuk penjagaan haiwan.

Dr Mat menambah bahawa Zoo Negara tidak menerima bantuan sejak PKPB bermula pada 14 Oktober 2020 sambil menanam harapan agar kerajaan berjaya melakukan sesuatu untuk menolong mereka semasa krisis ini.

Oleh itu, kerajaan perlu memastikan bahawa krisis COVID-19 tidak terus mengancam Zoo Negara gara-gara gelombang ketiga jangkitan COVID-19 dengan segera memutuskan pilihan terbaik untuk membantu zoo dalam menguruska­n kos operasinya, mungkin terus membiayain­ya tanpa raguragu dengan PPP contohnya. — (Artikel oleh Farhan Kamarulzam­an, Pembantu Penyelidik di EMIR Research)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia