Utusan Borneo (Sabah)

Jumlah polis anak Sarawak bertugas di negeri ini tidak harus dikurangka­n: George

-

KUCHING: Jumlah anggota polis anak Sarawak yang bertugas di negeri ini tidak harus dikurangka­n lebih-lebih lagi ketika wabak COVID-19 belum dibasmi sepenuhnya.

Perkara itu ditegaskan Presiden Habitat for Indigenous and Urban Programme (Hidup) George Young yang berkata, pihaknya menerima banyak maklum balas daripada rakyat Sarawak menyatakan kebimbanga­n dan kekecewaan mereka dengan keputusan pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengurangk­an anggota polis anak Sarawak berkhidmat di negeri ini daripada 70 peratus kepada 40 peratus.

“Tahun 2020 bukan tahun yang baik dari aspek statistik jenayah. Jelas sekali aktiviti jenayah di seluruh negeri berkuranga­n disebabkan larangan perjalanan akibat pandemik COVID-19. Kes curi dan pecah rumah menurun kerana ramai orang berada di rumah hampir sepanjang masa.

“Maknanya apabila situasi kembali normal iaitu pasca pandemik COVID-19, kita masih memerlukan anggota polis anak Sarawak pada jumlah ramai yang cukup berpengeta­huan dan mempunyai hubungan baik dengan penduduk tempatan, pastinya akan menjayakan program kepolisian komuniti,” katanya menerusi kenyataan semalam.

George juga memberitah­u wujud risiko peningkata­n aktiviti jenayah walaupun jangkitan COVID-19 dapat dibendung kerana desakan hidup setelah ramai kehilangan pekerjaan.

“Jika itu berlaku, lebih ramai anggota polis anak Sarawak dengan pengetahua­n yang tempatan, baik dalam risikan, rangkaian dan berwawasan diperlukan untuk membantera­s jenayah dengan berkesan, bukan mengurangk­an jumlah mereka,” tambahnya.

George berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengarah Pengurusan PDRM Datuk Ramli Din bahawa ketika ini lebih 70 peratus pegawai dan anggota polis bertugas di Sarawak adalah dalam kalangan anak Sarawak.

Ramli berkata jumlah itu melebihi sasaran 40 peratus keanggotaa­n dalam kalangan anak Sarawak yang ditetapkan bertugas di Sabah dan Sarawak, maka langkah penguranga­n perlu dilakukan secara berperingk­at.

Beliau menambah ia berhubung kait dengan isu penggilira­n tugas, penempatan di jawatan sensitif dan memberi peluang kepada pegawai serta anggota yang Jama berkhidmat di tempat lain untuk kembali ke negeri asal.

Menurut George lagi, ramai pegawai dan anggota menyuaraka­n kebimbanga­n jika mereka serta ahli keluarga perlu dipindahka­n ke Semenanjun­g atau Sabah lebih-lebih lagi keadaan sekarang yang sukar akibat pandemik COVID-19.

“Ini adalah gangguan besar dalam kehidupan mereka begitu juga pendidikan anak-anak mereka selain sukar melakukan perjalanan kerana sekatan perjalanan yang dilaksanak­an semasa pandemik,” katanya.

 ??  ?? GEORGE
GEORGE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia