Utusan Borneo (Sabah)

Jangan politikkan bidang pendidikan

Masyarakat diseru bersama kerajaan sedia pembelajar­an lebih selesa di luar bandar

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari

MIRI: Bidang pendidikan tidak seharusnya dipolitikk­an sebaliknya masyarakat diseru bersama-sama kerajaan menyediaka­n suasana pembelajar­an lebih selesa kepada sekolah daif luar bandar.

Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak- Kanak Datuk Rosey Yunus berkata, tidak sewajarnya bidang pendidikan dipolitikk­an kerana keperluann­ya adalah merentasi politik tanpa mengira latar belakang dan agama.

“Kita amat faham situasi sekolah daif di luar bandar, jika terdapat keperluan untuk baik pulih, kita akan beri keutamaan dahulu.

“Kerjasama masyarakat penting untuk memastikan bidang pendidikan anakanak luar bandar sempurna sebab jika kita bercerita pasal pendidikan, ia lebih merentasi politik,” katanya.

Rosey yang juga ADUN Bekenu berkata kepada pemberita selepas melawat keadaan sekolah daif di Sekolah Kebangsaan (SK) di Rumah Tinggi, Sungai Pakut, Bekenu dekat sini, semalam.

Tambah Rosey, masyarakat dan badan bukan kerajaan (NGO) diseru memainkan peranan membantu kerajaan bagi menyediaka­n suasana pembelajar­an kondusif kepada murid-murid sementara menunggu bantuan dihulurkan Kementeria­n Pendidikan Malaysia.

“Masyarakat perlu berganding bahu memajukan pendidikan luar bandar kerana masih terdapat kekurangan seperti keperluan bahan bantu belajar serta infrastruk­tur sekolah yang uzur, dengan mewujudkan iklim persekolah­an yang selesa,” jelasnya.

Rosey juga mengumumka­n geran kerajaan RM15,000 bagi melaksanak­an jalan masuk ke sekolah menggunaka­n taburan batu ke sekolah terutama menggunaka­n kenderaan.

Terdahulu beliau turut melawat Program Memasak anjuran Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu N.71 Bekenu di Rumah Panjang Linggu Jilan Pakut Bekenu.

Ia yang disertai lebih 20 wanita penduduk rumah panjang berkenaan yang bertujuan meningkatk­an pengetahua­n dan kemahiran dalam mempelbaga­ikan masakan dan kuih muih ke arah menjana pendapatan keluarga.

Rosey menyeru agar penduduk terus bersatu padu dan tidak berpecah belah bagi memudahkan penyaluran dana untuk kemudahan dan keperluan rumah panjang.

Pada majlis itu beliau mengumumka­n geran kerajaan untuk kaum belia sebanyak RM5,000, biro wanita RM20,000 dan solar gelanggang futsal rumah panjang sebanyak RM5,600.

 ??  ?? TINJAU: Rosey melihat sendiri keadaan SK Rumah Tinggi di Sungai Pakut, Bekenu sambil ditemani pihak pengurusan sekolah dan guru, semalam.
TINJAU: Rosey melihat sendiri keadaan SK Rumah Tinggi di Sungai Pakut, Bekenu sambil ditemani pihak pengurusan sekolah dan guru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia