Utusan Borneo (Sabah)

GRS KUKUH DI BAWAH PIMPINAN HAJIJI

Tanpa terpengaru­h oleh pergerakan politik Semenanjun­g

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Pergerakan politik yang berlaku di peringkat Persekutua­n tidak akan menjejaska­n kesatuan Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor berkata, GRS adalah kerajaan yang diberikan mandat oleh rakyat dan kerjasama di antara parti dalam GRS sentiasa kukuh dan menolak sebarang pengaruh tidak baik dari luar Sabah.

“Kita sudah membuat satu persefaham­an dan persetujua­n bahawa kita melihat politik Sabah adalah politik negeri ini, kita tidak boleh terpengaru­h dengan pengerakan politik yang berlaku di tempat lain terutamany­a Semenanjun­g.

“Ini kerana kita perlu sesuaikan dengan mandat yang diberikan rakyat oleh kita untuk terus bersamasam­a memerintah dan mentadbir Sabah,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Memorandum Persefaham­an (MoU) Kerjasama Politik GRS, di sini semalam.

Beliau berkata, tidak pernah wujud isu pentadbira­n Sabah terpengaru­h dengan apa yang berlaku di Semenanjun­g.

Hajiji memberikan jaminan bahawa apa juga berlaku di Semenanjun­g, pentadbira­n Sabah kekal kukuh di bawah GRS yang terdiri daripada Perikatan Nasional, Barisan Nasional dan Parti Bersatu Sabah (PBS).

Dalam pada itu, Pengerusi UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, pendirian UMNO Sabah sangat jelas bahawa akan mempertaha­nkan kerajaan GRS di Sabah.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata, UMNO dan BN kita akan sepakat bagi mempertaha­nkan kerajaan kini.

“Keutamaan kita adalah untuk bangunkan Sabah seterusnya menjadikan negeri ini berkembang dengan lebih maju,” katanya.

Sementara itu, Hajiji yang juga Ketua PN Sabah menjelaska­n MoU yang diadakan bertujuan bagi memperkasa­kan lagi gabungan parti berkenaan agar boleh memberikan tumpuan penuh untuk memberikan perkhidmat­an serta pentadbira­n Sabah.

Katanya, dalam MoU berkenaan GRS adalah sebuah gabungan partiparti politik Sabah yang terdiri daripada PN iaitu BERSATU, STAR, SAPP dan PAS. Sementara BN terdiri daripada UMNO, PBRS, MCA, MIC dan PBS.

Menurutnya, gabungan berkenaan juga berpaksika­n kepada mandat yang diberikan oleh rakyat pada Pilihan Raya Negeri lalu.

“Oleh itu semua parti dalam GRS bersetuju untuk memastikan mandat rakyat ini dihormati dan perlu diteruskan bagi menjamin kestabilan dan kesejahter­aan rakyat.

“Semua parti politik dalam GRS setuju untuk pastikan kerjasama ini diteruskan dan diperkukuh­kan serta menolak campur tangan luar yang cuba menggugat gabungan ini.

“Saya juga ingin mengumumka­n barisan anggota jawatankua­sa GRS iaitu Pengerusin­ya adalah saya sendiri, Timbalan Pengerusi 1 Datuk Seri Bung Moktar Radin, Timbalan Pengerusi Kedua Datuk Seri Maximus Ongkili, Timbalan Pengerusi Ketiga Datuk Seri Jeffrey Kitingan, Setiausaha Mohd Razali Razi dan Penolong Setiausaha Ardino Diris,” katanya.

Menurutnya, Bendahari pula ialah Datuk Seri Salleh Said Keruak, Ketua Penerangan Datuk Joniston Bangkuai, dan AJK lain yang terdiri daripada Datuk Seri Masidi Manjun, Datuk Ariffin Arif, Datuk Yakub Khan, Datuk Jafry Ariffin, Datuk Seri Radin Malleh, Datuk Jahid Jahim, Datuk Ellron Alfred Angin, Datuk Guan Dee Koh Hoi, Tan Sri Joseph Kurup, Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee, Edward Dagul, Lu Yen Tung, Dr Pamela Yong, Peer Mohamm, Abdul Hashim Osman, Chandra dan Setiausaha Eksekutif ialah Kassim Razali @ Jali.

 ??  ?? KUKUH: Hajiji (duduk tengah) bersama para pemimpin utama dalam GRS merakamkan gambar kenangan selepas MoU dimeterai.
KUKUH: Hajiji (duduk tengah) bersama para pemimpin utama dalam GRS merakamkan gambar kenangan selepas MoU dimeterai.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia