Utusan Borneo (Sabah)

Saluran 8TV kini disiarkan secara HD di myFreeview

-

berganda buat semua penonton setia 8TV yang berbangsa Cina pada tahun ini. Ini kerana, kini 8TV akan bersiar secara Definisi Tinggi (HD) di myFreeview, MYTV Broadcasti­ng Sdn Bhd. Penonton dapat menikmati pelbagai program menarik 8TV, terutamany­a program khas Tahun Baru Cina (CNY) dengan pengalaman yang lebih menyeronok­kan. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Dato’ Khairul Anwar Salleh, “Keutamaan kami adalah kepada penonton setia kami, terutamany­a pada musim perayaan Tahun Baharu Cina ini. Kami telah menyusun pelbagai kandungan terbaik dan berusaha memberi lebih dari jangkaan mereka. “Pada tahun ini, dengan situasi PKP di mana semua disarankan untuk duduk di rumah, penonton setia kami dapat menikmati programpro­gram Tahun Baharu Cina dengan siaran yang lebih jelas, terang dan kualiti audio yang lebih baik,” katanya. myFreeview tidak memerlukan sebarang yuran bulanan dan penyambung­an internet. Untuk mendapatka­n siaran digital, anda memerlukan dekoder DVB-T2 dan antena aerial UHF. Dapatkan maklumat lanjut berkaitan myFreeview dengan melayari https://www. mytvbroadc­asting.my/. Saksikan programpro­gram kesukaan anda di saluran 108 menerusi myFreeview. Untuk maklumat lanjut berkaitan program-program menarik 8TV, layari Facebook rasmi 8TV dan Instagram rasmi 8TV (@8tvchinese).

 ??  ?? KHAIRUL ANWAR
KHAIRUL ANWAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia