Utusan Borneo (Sabah)

MR D.I.Y. turunkan harga untuk bantu rakyat Malaysia ‘Kembali Ke Sekolah’

-

KUCHING: Setelah berbulan berada di rumah, 1.7 juta pelajar di Malaysia sedang bersiap sedia untuk kembali ke sekolah mulai 1 Mac ini.

MR D.I.Y. ingin membantu keluarga mendapatka­n nilai terbaik dari setiap pembelian ‘Kembali Ke Sekolah’ di samping jualan kasut sekolah berwarna putih pada harga RM2!

Peruncit perkakas rumah kegemaran rakyat Malaysia ini menawarkan potongan diskaun sehingga 40 peratus pada lebih 100 keperluan barangan sekolah di 690 cawangan seluruh negara.

Pelbagai barangan ‘Kembali Ke Sekolah’ ditawarkan seperti alat tulis, beg sekolah, beg dan bekas makanan, kasut sekolah dan sarung kaki, serta keperluan perlindung­an diri seperti pensanitas­i tangan, pengelap antibakter­ia dan pelitup muka untuk memastikan semua orang dilindungi dengan baik.

“Sebagai seorang bapa, saya memahami perasaan risau bercampur lega yang ibu bapa dan guru rasakan apabila sekolah dibuka semula.

“Kami mahu membekalka­n pelajar dan guru dengan kelengkapa­n yang sesuai apabila mereka kembali ke sekolah dan ini termasuk alat perlindung­an diri seperti pelitup muka dan pensanitas­i tangan.

“Ini ialah permulaan fasa baharu pemulihan Malaysia dan sebagai jenama tempatan, ia amat penting untuk kami menyokong keluargake­luarga di Malaysia sebaik mungkin dengan membantu dari segi memastikan anak mereka kembali ke sekolah lengkap dan bersedia untuk belajar tanpa membebanka­n perbelanja­an, kami mampu memberi perbezaan ini,” kata Naib Presiden Pemasaran MR D.I.Y. Grup, Andy Chin ketika mengumumka­n promosi tersebut.

Terkenal dengan slogan ‘Always Low Prices’, MR D.I.Y. komited membantu rakyat Malaysia membeli keperluan berkualiti dengan harga berpatutan.

Pelanggan dijamin selamat dan selesa ketika membelibel­ah di MR D.I.Y. kerana setiap cawangan patuh pada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh MKN dan KKM dengan ketat.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web MR D.I.Y. www.mrdiy.com, platform edagang www.mrdiy.com.my, dan media sosial @MR DIY di Facebook dan Instagram untuk maklumat terkini.

 ??  ?? KOMITED: Andy menyatakan komitmen MR D.I.Y. terus membantu keluarga di Malaysia dalam fasa baharu pemulihan negara.
KOMITED: Andy menyatakan komitmen MR D.I.Y. terus membantu keluarga di Malaysia dalam fasa baharu pemulihan negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia