Utusan Borneo (Sabah)

IPGM ambil pelajar PISMP Bahasa Tamil kemasukan Sept 2021

-

PUTRAJAYA: Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) akan melaksanak­an pengambila­n pelajar untuk Program ljazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) bidang pengkhusus­an Bahasa Tamil bagi kemasukan September 2021.

Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan semalam memaklumka­n pengambila­n itu dibuat berikutan unjuran bahawa terdapat keperluan guru Bahasa Tamil di sekolah rendah menjelang tahun 2026.

Mengenai penawaran biasiswa ljazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) bidang Bahasa Tamil, KPM menyatakan ia tidak ditawarkan pada tahun ini kerana terdapat lebihan guru dalam mata pelajaran itu di sekolah menengah.

“KPM sentiasa memastikan penawaran tempat untuk sebarang program pengajian dibuat supaya bekalan guru memenuhi unjuran bidang keperluan KPM. Langkah ini juga bagi mengelak lambakan guru dan ketidakpad­anan opsyen mata pelajaran,” menurut kenyataan itu.

Pada 19 Februari lepas, KPM membuat hebahan penawaran program biasiswa ISMP yang akan dibuka secara dalam talian bermula 1 hingga 31 Mac ini.

Biasiswa ISMP ditawarkan kepada pelajar cemerlang di universiti awam yang sedang mengikuti pengajian pendidikan tahun pertama atau kedua dalam bidang tertentu yang kemudianny­a akan dilantik menjadi pegawai perkhidmat­an pendidikan dan ditempatka­n di sekolah menengah KPM.

KPM memberitah­u penawaran biasiswa itu dibuat berdasarka­n perancanga­n dan unjuran keperluan opsyen guru KPM bagi sekolah menengah dari tahun ke tahun.

Pada tahun ini, katanya diunjurkan sebanyak 28 mata pelajaran yang mempunyai keperluan di sekolah menengah KPM dan perlu diisi menjelang tahun 2025. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia