Utusan Borneo (Sabah)

Bunga anugerah keindahan dunia

Puan Khalidah menanam bunga untuk terapi mata dan minda

- Oleh Abdul Naddin Hj Shaiddin

BUNGA tidak pernah khuatir mengenai bagaimana mereka akan mekar. Bunga hanya terbuka mengarah kepada matahari dan cahaya itu membuat mereka kelihatan indah.

Bagi Puan Khalidah @ Kelly Masadang, halaman yang dipenuhi bunga-bunga yang cantik, pelbagai jenis dan warna adalah impiannya sejak kecil lagi. Namun bila meningkat dewasa, impian itu tidak dapat direalisas­ikan kerana faktor pekerjaan dan masa yang terhad.

Meskipun begitu, beliau masih sempat menanam sepasu dua bunga kertas, yang popular di awal tahun 90-an, di samping tanaman keperluan sendiri seperti cili padi.

Seiring berjalanny­a waktu, kini Puan Khalidah menetap di kampung, memiliki rumah sendiri dengan halaman yang sederhana luas.

“Sedikit demi sedikit saya menambah koleksi bunga yang ada,” kata Puan Khalidah yang kini menetap di Kampung Tamau Kota Belud.

Antara bunga yang ditanam termasukla­h Air mata pengantin (Carol Vine),Bunga tahi ayam (lantana camara),Marigold. Cosmas,Zinnia,Ros Jepun. Bunga-bunga ini juga adalah untuk lebah kelulut mencari makanannya bagi menghasilk­an madu kelulut.

Selain itu, beliau juga menanam bunga kertas (bougainvil­lea), dan terbaharu bunga Ati-ati(Coleus) yang sedang viral ketika ini.

Bunga-bungaan yang ditanamnya ternyata menerima sambutan yang menggalakk­an. Belum ada promosi yang terancang. Semuanya beredar dari mulut ke mulut dan dari grup whatsApp tertentu sahaja,” katanya yang lebih dikenali Mama Ifa di kalangan masyarakat kampung.

“Suami yang banyak membantu dengan mewar-warkan kepada rakan-rakannya.. mereka kemudian membawa isteri datang ke rumah untuk melihat bunga Ati-ati dan membeli,” katanya.

Suaminya Razak Haji Rakunman seorang usahawan tani, mantan Pegawai Perhutanan dan Presiden Persatuan Bekas Pelajar Yayasan Sabah (Maya).

Pembeli biasanya dari sekitar daerah Kota Belud,katanya. Tetapi ada juga permintaan dari luar daerah tetapi tidak dapat dipenuhi buat masa ini atas faktor rentas daerah tidak dibenarkan.

“Pelanggan ‘walked in’ sahaja setakat ini,memandangk­an saya sendiri yang menguruska­n semua ini,” katanya.

Bagi ibu kepada tiga cahayamata ini, menjaga bunga setiap membuatnya rasa gembira dan sangat teruja.

“Saya mendapat suatu kepuasan melihat bungabunga tumbuh subur dan sihat,” katanya sambil menambah, lagi pun saya menanam bunga sepenuh masa dari tahun 2017 lagi.

“Lebih lagi masa sekarang ini bunga Ati-ati mendapat tempat di kalangan peminatnya,” katanya.

Walaupun pada mulanya hanya sekadar minat dan mengisi masa lapang, ternyata menanam bunga boleh menjadi sumber pendapatan sampingan yang amat menggalakk­an.

“Alhamdulil­lah, menanam bunga bukan saja membuat perasaan tenang dan tenteram, tetapi juga mendatangk­an rezeki,” kata Puan Khalidah yang pernah berkhidmat sebagai petugas kesihatan sebelum bersara atas pilihan sendiri.

“Menanam bunga semestinya menenteram­kan jiwa dan melapangka­n data, ia juga mampu menghilang­kan stress.

“Hilang penat lelah melihat hasilnya, melihat bunga tumbuh subur dan berkembang, mampu menjadi terapi mata dan minda, terutama sekali dalam musim PKP ini.

Ditanya mengenai perancanga­n masa depannya, Puan Khalidah berhasrat untuk membuka nurseri.

“Sudah dalam proses, tunggu sedikit masa lagi, insyaAllah,” katanya.

“Saya dalam proses mengumpul sebanyak mungkin jenis(ID) bunga Ati-ati ini yang dianggarka­n lebih 200 ID.Setakat ini saya ada 110 ID,” katanya.

Selain itu, beliau juga giat menyemai tanaman hiasan untuk lanskap sekolah.

Bunga adalah anugerah keindahan bagi dunia ini. Sebab itu, menanam bunga sentiasa membawa kegembiraa­n. Ia bukan saja indah dipandang bahkan boleh menjadi hadiah tidak ternilai untuk orang-orang yang istimewa.

Tapi kata seorang pujangga, jangan menunggu seseorang membawakan­mu bunga.Tanam kebunmu sendiri dan hiasi jiwamu sendiri.

Untuk menjadikan hidup sentiasa indah, maka tanamlah bunga. Setiap bunga mekar pada waktunya sendiri, begitu saja.Menanam bunga bererti percaya pada hari esok.

 ??  ??
 ??  ?? MANFAATKAN RUANG: Bunga ditanam di mana saja ada ruang.
MANFAATKAN RUANG: Bunga ditanam di mana saja ada ruang.
 ??  ?? TANAMAN HIASAN: Puan Khalidah juga menyediaka­n tanaman hiasan sekolah.
TANAMAN HIASAN: Puan Khalidah juga menyediaka­n tanaman hiasan sekolah.
 ??  ?? BANYAK PEMINAT: Antara bunga yang mendapat banyak permintaan.
BANYAK PEMINAT: Antara bunga yang mendapat banyak permintaan.
 ??  ?? MENYIRAM BUNGA: Puan Khalidah menyiram bunga di belakang rumhnya.
MENYIRAM BUNGA: Puan Khalidah menyiram bunga di belakang rumhnya.
 ??  ?? SUBUR: Bunga tanaman Puan Khalidah tumbuh subur.
SUBUR: Bunga tanaman Puan Khalidah tumbuh subur.
 ??  ?? MERAWAT BUNGA: Puan Khalidah memindahka­n bunga ke pasu.
MERAWAT BUNGA: Puan Khalidah memindahka­n bunga ke pasu.
 ??  ?? KEINDAHAN YANG TAK TERNILAI: Puan Khalidah bersama bungabunga tanamannya.
KEINDAHAN YANG TAK TERNILAI: Puan Khalidah bersama bungabunga tanamannya.
 ??  ?? MENARIK: Antara bunga pelbagai jenis tanaman Puan Khlaidah.
MENARIK: Antara bunga pelbagai jenis tanaman Puan Khlaidah.
 ??  ?? PELBAGAI JENIS: Antara bunga yang ditanam Puan Khalidah.
PELBAGAI JENIS: Antara bunga yang ditanam Puan Khalidah.
 ??  ?? BUKA NURSERI: Puan Khalidah sedang dalam proses membuka nurseri.
BUKA NURSERI: Puan Khalidah sedang dalam proses membuka nurseri.
 ??  ?? CANTIK: Bunga mekar pada waktunya sendiri.
CANTIK: Bunga mekar pada waktunya sendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia