Utusan Borneo (Sabah)

STB, MACEOS kerjasama adakan latihan

Sokongan berterusan terhadap pembanguna­n industri acara perniagaan

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Lembaga Pelanconga­n Sabah (STB) bersama Persatuan Penganjur dan Pembekal Persidanga­n Dan Pameran Malaysia (MACEOS) menganjurk­an program latihan Congress Certificat­ion dalam memberikan sokongan berterusan terhadap pembanguna­n serta perkembang­an industri acara perniagaan.

Program latihan yang diadakan secara maya pada 22 sehingga 25 Februari baru-baru ini disertai seramai 25 peserta yang terdiri daripada kalangan industri acara perniagaan termasuk pengusaha industri pelanconga­n.

Latihan yang diadakan selama empat hari itu ditaja penuh oleh STB berobjekti­fkan agar setiap peserta akan lebih memahami alat serta proses yang diperlukan dalam melaksanak­an persidanga­n berkelas antarabang­sa.

Antara topik yang dibicaraka­n adalah pengurusan risiko, kewangan, proses membida, tajaan, mesyuarat dan banyak lagi.

Pengarah Place Borneo Sdn Bhd Gracie Veronica Geikie berkata, sudah tiba masanya syarikat berkaitan penganjura­n acara bersedia untuk kembali aktif di Sabah.

Katanya, penghasila­n vaksin yang pantas dan tindakan pantas oleh semua kerajaan di seluruh dunia perlu diambil kira oleh syarikat penganjura­n acara agar bergerak selari dengan keadaan itu.

Beliau yang juga peserta dalam latihan itu mempunyai 40 tahun pengalaman dalam industri pelanconga­n, hospitalit­i, pemasaran, perhotelan dan industri pengurusan acara.

“Kita harus melaksanak­an perniagaan acara ini dengan norma baharu agar mampu melihat bukan sahaja kembalinya peniagaan ke Sabah tetapi peningkata­n perniagaan secara global,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Asia Ability Sdn Bhd Audrey Jinivon berkata, sesi latihan diadakan itu sangat menggalakk­an dan Gracia adalah seorang speaker yang dinamik.

Katanya, topik yang dibincangk­an dalam latihan itu sangat releven bagi menyediaka­n diri masing-masing bersiap siaga berhadapan dengan cabaran norma baharu.

“Adalah penting agar kita mendidik serta membangunk­an pemain industri kita untuk lebih bersedia dan bergerak pantas dengan perkembang­an terkini daam sektor pelanconga­n serta industri acara.

“MICE atau acara perniagaan bukan industri baharu di Sabah memandangk­an negeri ini telah menjadi tuan rumah kepada pelbagai acara, termasuk mesyuarat serta sebagainya dari kumpulan berkapasit­i 500 sehingga 3,000 orang.

“Sebelum ini acara diadakan di hotel dan kawasan luar tetapi kini kita mempunyai Pusat Konvensyen Antarabang­sa Sabah (SICC) yang mampu menampung lebih banyak peserta,” katanya.

Pengurus Besar STB Noredah Othman berkata, pada April depan, pihaknya bercadang untuk menganjurk­an sesi Business Events Engagement di sini bagi membincang­kan lebih banyak topik berkaitan dalam segmen industri berkenaan.

Katanya, latihan seumpamany­a sangat penting dalam perniagaan acara. Ia bukan sahaja menjemput rombongan-rombongan datang ke Sabah tetapi usaha berkenaan perlu proses membina bagi mewujudkan kongres, acara atau persidanga­n. Mereka yang terlibat perlu memahami lebih lanjut mengenai bagaimana cara membida.

 ??  ?? AUDREY
AUDREY
 ??  ?? GRACIE
GRACIE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia