Utusan Borneo (Sabah)

VAKSINASI PULIHKAN PELANCONGA­N

Permulaan program imunisasi menjadi titik permulaan kebangkita­n semula sektor ekonomi terjejas sebelum ini

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Program Imunisasi COVID-19 di negara ini dijangka dapat memulihkan semula sektor pelanconga­n yang terjejas susulan penularan wabak COVID-19.

Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan Dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin, berkata ketibaan vaksin ke negara ini merupakan titik permulaan dalam memastikan sektor-sektor ekonomi yang terjejas akan bangkit semula.

“Sabah merupakan antara negeri yang menerima kehadiran pelancong luar paling ramai, namun sejak berlakunya pandemik COVID-19 semua pemain sektor ini terpaksa menghentik­an operasinya sehingga keadaan beransur pulih.

“Kita mengharapk­an kerajaan dapat menyegerak­an suntikan vaksin kepada semua masyarakat supaya tiada lagi berlakunya penularan wabak di kalangan rakyat di negara ini,” katanya ketika mengadakan lawatan ke Taman Bukit Tawau (TBT), di sini semalam.

Beliau berkata, kementeria­nnya juga mengharapk­an kerajaan turut memberikan keutamaan kepada semua pemain industri pelanconga­n untuk diberikan suntikan vaksin tersebut.

“Hal ini kerana, mereka semua merupakan pasukan barisan hadapan bagi sektor tersebut dan pihaknya sangat mengalu-alukan sekiranya vaksin itu diberikan kepada semua yang terlibat dalam industri ini lebih awal,” katanya.

Mengulas mengenai lawatannya itu, pihaknya telah diberikan taklimat berkenaan produk pelanconga­n yang terdapat di kawasan Taman Bukit Tawau (TBT) dan usaha pemulihara­an hutan semula jadi di kawasan ini.

Katanya, TBT yang merupakan seliaan TamanTaman Sabah (TTS) telah diurus dengan baik dan pihak Kementeria­n Pelanconga­n sangat berpuas hati kerana semua pelaksanaa­n tugasan dilakukan lebih awal serta mengikut garis panduan.

“Melalui taklimat yang diberikan, TBT memerlukan beberapa pembanguna­n termasukla­h kemudahan kuarters kakitangan dan prasarana untuk keselesaan pengunjung.

“Pihak kementeria­n dalam perancanga­n untuk membina lebih banyak tempat parkir di TBT supaya dapat menampung jumlah kenderaan pengunjung yang semakin ramai,” katanya. Menurutnya, selain itu pihaknya juga turut merancang untuk membina sebuah astaka peninjau di TBT yang dapat membantu pengunjung melihat panorama yang cantik sehingga ke bandar Tawau.

“Astaka peninjau itu merupakan salah satu tarikan baharu di TBT dan kementeria­n akan berusaha untuk merealisas­ikannya dengan segera,” katanya.

Turut hadir Pembantu Menteri Belia Dan Sukan Sabah Andi Suryady Bandi, ADUN Balung Hamild Awang dan Pengarah TTS Dr Maklarin Lakim.

 ??  ?? LAWATAN: Jafry (tiga kiri) menerima penerangan berkenaan produk di TBT daripada Dr Maklarin.
LAWATAN: Jafry (tiga kiri) menerima penerangan berkenaan produk di TBT daripada Dr Maklarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia