Utusan Borneo (Sabah)

Mayat lelaki ditemui dalam keadaan melecur

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Mayat seorang lelaki dalam keadaan melecur hampir 70 peratus pada badannya ditemui di sebuah restoran di Jalan Chong Thien Vun, di sini.

Dalam kejadian jam 10 malam itu, mangsa berusia lingkungan 30-an ditemui lengkap berpakaian dalam keadaan jasadnya sudah kembung dipercayai telah meninggal dunia beberapa hari lalu.

Difahamkan, sebelum kejadian, pemilik restoran tiba di premisnya selepas menutup operasi sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu.

Bagaimanap­un, lelaki, 40-an, itu terhidu bau busuk dari dalam kedai sebelum menemui titisan darah pada siling premis.

Bimbang perkara buruk berlaku, lelaki berkenaan segera bertindak menghubung­i polis bagi memaklumka­n perkara itu.

Hasil bantuan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), mayat lelaki berkenaan berjaya dikeluarka­n sebelum dihantar ke Hospital Besar Tawau untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Peter Umbuas ketika dihubungi mengesahka­n penemuan mayat tersebut.

“Tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada mayat mangsa, namun siasatan masih dijalankan bagi mengesan identiti mangsa dan punca kematian manakala kes diklasifik­asikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia