Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki warga asing meninggal dunia tidak sempat ke klinik

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga asing disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan mendapatka­n rawatan di sebuah klinik swasta di Tanjung Aru semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata mangsa berumur 51 tahun itu meninggal dunia berhampira­n klinik berkenaan kira-kira jam 10.30 pagi.

“Hasil siasatan sebelum kejadian mendapati mangsa mengadu sakit dada dan sukar bernafas sebelum meminta bantuan rakan untuk menghantar­nya ke klinik berhampira­n.

“Semasa berada berhampira­n klinik itu, mangsa rebah secara tiba-tiba dan terus tidak sedarkan diri,” katanya.

Menurutnya semasa pasukan polis menjalanka­n pemeriksaa­n, mangsa sudah tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke Bahagian Kecemasan Hospital Queen Elizabeth I (HQE1).

“Mangsa kemudianny­a disahkan meninggal dunia kira-kira jam 11.20 pagi dan punca kematian masih belum dapat diketahui setakat ini.

“Mayat mangsa sudah dihantar ke Jabatan Forensik HQE1 untuk tujuan ujian saringan COVID-19 dan buat masa ini kita masih menjalanka­n siasatan selanjutny­a manakala kes diklasifik­asikan sebagai kematian mengejut,” katanya.

 ??  ?? MAUT: Mangsa dikatakan meninggal dunia berhampira­n klinik swasta di sini semalam.
MAUT: Mangsa dikatakan meninggal dunia berhampira­n klinik swasta di sini semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia