Utusan Borneo (Sabah)

Polis, PKOB selaras pematuhan pelajar, pihak sekolah bermula 1 Mac

- Oleh Yusop Teppo

SANDAKAN: Pihak polis bersama Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Sandakan akan melakukan penyelaras­an untuk memastikan pelajarpel­ajar sekolah dan sekolah yang dibuka mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata bermula 1 Mac depan di mana pihaknya telah mengarahka­n semua pegawai perhubunga­n sekolah serta pihak polis akan berada di sekolah yang akan dibuka kelak. “Pihaknya akan memberi penerangan kepada guruguru dan pelajar mengenai SOP yang perlu mereka patuhi semasa hadir di sekolah,” katanya selepas Program Disinfeksi Perkhidmat­an Bas Sekolah di Bandar Maju Sandakan, pagi Jumaat.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi PKOB Daerah Sandakan berkata pematuhan SOP ialah seperti menggunaka­n pelitup muka, mencuci tangan, menggunaka­n cecair pembasmi kuman dan penjarakan fizikal.

Dalam pada itu, Mohd Azhar berkata pihaknya juga akan meletak anggota peronda dan trafik bagi memantau kesesakan di beberapa buah sekolah yang didapati sesak seperti di Sekolah Kebangsaan St. Monica. “Ini adalah untuk memastikan tidak berlaku kesesakan lalu lintas di kawasan sekolah berkenaan dan SOP itu dipatuhi,” katanya.

Beliau berkata pihak sekolah perlu mengikut SOP yang ketat di pintu masuk dan keluar sekolah.

“Saya mengharap kesedaran daripada pelajarpel­ajar, ibu bapa dan pihak sekolah itu dalam samasama menjaga penularan COVID-19, jangan hanya bergantung kepada pihak berkuasa,” katanya.

Sementara itu, Mohd Azhar juga menyaranka­n pengusaha bas sekolah agar sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan dan sentiasa mengutamak­an kebersihan.

 ??  ?? SANITASI: Mohd Azhar dan pihak agensi kerajaan terlibat bergambar bersama pengusaha bas.
SANITASI: Mohd Azhar dan pihak agensi kerajaan terlibat bergambar bersama pengusaha bas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia