Utusan Borneo (Sabah)

4,051 kompaun dikeluarka­n di Sabah sehingga kini

- Oleh Amir Anuar

KOTA KINABALU: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) mengeluark­an 57 kompaun lagi akibat pelanggara­n Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID19, menjadikan 4,051 notis keseluruha­n dikeluarka­n di Sabah setakat ini.

Pengeluara­n kompaun baharu itu juga hasil Operasi Bersepadu Pemantauan Pematuhan SOP COVID-19 yang dijalankan anggota penguat kuasa JKNS kelmarin di seluruh negeri.

Pecahan kompaun mengikut daerah didahului Semporna dengan 27 kes, diikuti Tawau 16 kes, Tuaran 13 kes dan Unit Inspektora­t dan Perundanga­n Negeri pula satu kes.

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr Christina Rundi mendedahka­n bahawa operasi berkenaan membabitka­n kekuatan anggota seramai 240 penguat kuasa.

“Dalam operasi ini, 532 premis diperiksa dan tiga daripadany­a diarah tutup,” katanya, menerusi perkongsia­n perkembang­an terbaharu COVID-19 di Sabah, semalam.

Kesalahan dikesan, kegagalan menggunaka­n aplikasi MySejahter­a atau mencatat nama dalam buku pelawat premis, tidak memakai pelitup muka dan tiada penjarakan fizikal.

Turut dikesan, tiada permit rentas daerah, pemilik premis gagal sedia buku daftar pelawat dan aplikasi MySejahter­a, lebih muatan dalam kenderaan serta beroperasi lebih masa.

Tindakan kompaun yang dijalankan itu selaras dengan penguatkua­saan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) oleh Kerajaan Persekutua­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia