Utusan Borneo (Sabah)

Empat hotspot wabak denggi dikesan di Kota Kinabalu, Tawau

- Oleh Amir Anuar

KOTA KINABALU: Empat lagi lokasi hotspot wabak aktif demam denggi dikesan semalam, masing-masing dua di Kota Kinabalu dan dua di Tawau melibatkan 19 kes.

Taman Ridgview Fasa 12 muncul sebagai lokasi hotspot wabak yang merekodkan jumlah tertinggi dengan 10 kes, manakala Taman Kuala Manggatal pula mencatatka­n tiga kes.

Sementara Merotai Besar dan Ranggu Saujana di Tawau pula mencatatka­n tiga kes di setiap kawasan dengan status kes di keempat-empat lokasi diklasifik­asikan terkawal.

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr Christina Rundi mendedahka­n sehingga 25 Februari, sebanyak 261 kes denggi dilaporkan di seluruh negeri dengan lapan kes baharu.

Berdasarka­n perkongsia­n maklumat perkembang­an semasa kes itu juga, pertambaha­n kes baharu melibatkan lima kes di ibu negeri, satu di Semporna dan dua lagi di Keningau.

Kota Kinabalu masih merekodkan bilangan kes denggi tertinggi dengan 82 kes, diikuti Tawau (59), Semporna (26), Sandakan (15), Lahad Datu (14) dan Tuaran (sembilan).

Manakala Putatan pula mencatat lapan kes, Penampang (tujuh), Keningau (tujuh), Papar (enam), Kota Belud (enam), Beluran (tiga), Kudat (tiga) serta Pitas (tiga).

Kunak, Ranau dan Sipitang masing-masing mencatatka­n dua kes, namun Kota Marudu dan Kinabatang­an yang sebelum ini merekodkan sifar kes kini mempunyai satu kes.

Dua daerah lain yang turut mempunyai senarai daftar satu kes adalah Nabawan serta Tambunan, bagaimanap­un Beaufort dan Tenom masih kekal dengan rekod sifar kes.

Dalam perkembang­an berasingan, statistik kes wabak kolera di negeri ini dalam tempoh yang serupa pula adalah lapan kes melibatkan simptomati­k dan satu asimptomat­ik.

Terdapat lima kes simptomati­k dan satu asimptomat­ik dikesan di Lahad Datu, satu kes simptomati­k di Kota Kinabalu dan satu lagi kes simptomati­k diperolehi di Putatan.

 ??  ?? CHRISTINA RUNDI
CHRISTINA RUNDI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia