Utusan Borneo (Sabah)

PPM tahan dua kapal nelayan langgar syarat sah lesen

- Oleh Vivi Olviana Najurus

LABUAN: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya menahan dua buah kapal nelayan pukat tunda yang dikesan melanggar syarat sah lesen di kawasan laut Tanjung Kubung di sini kelmarin.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Labuan Asisten Superitend­an Saidul Maruf Rosli berkata kapal nelayan yang berpangkal­an di Labuan itu ditahan oleh pasukan bot ronda yang sedang menjalanka­n rondaan rutin kira-kira jam 4.30 petang Khamis.

“Semasa menjalanka­n penugasan Op Benteng COVID19 pasukan PPM memeriksa kapal tunda yang sedang menangkap ikan terbabit dan mendapati kapal itu dikendalik­an juragan warga Indonesia yang memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

“Pemeriksaa­n lanjut bagaimanap­un mendapati kedua-dua kapal tunda berkenaan melanggar syarat sah lesen dengan menangkap ikan menggunaka­n koroncong mata pukat kurang 38 milimeter (mm),” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Tambahnya pihaknya merampas beberapa barangan termasuk dua gulung pukat tunda, empat gulung tali pukat, empat unit pemberat papan serta 3,000 kilogram pelbagai jenis ikan yang dianggarka­n bernilai RM80,000 keseluruha­n.

“Kapal tunda dan juragan diiring ke Pangkalan Markas Operasi PPM Labuan manakala kes dirujuk kepada Jabatan Perikanan dan disiasat mengikut Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985.

“Kita akan sentiasa menggerakk­an aset PPM bagi tujuan rondaan untuk memastikan segala bentuk pelanggara­n undang-undang di lautan dapat dibanteras.

“PPM juga amat mengalualu­kan masyarakat pesisir pantai untuk menyalurka­n maklumat yang melanggar undang-undang di kawasan perairan mereka melalui aplikasi whatsApp Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah di talian 013-2831197 agar tindakan dapat dilaksanak­an sekali gus memastikan keselamata­n dan ketenteram­an masyarakat maritim sentiasa terjaga dan terkawal,” katanya.

 ??  ?? TAHAN: Kapal nelayan yang ditahan selepas melanggar syarat sah lesen di sini.
TAHAN: Kapal nelayan yang ditahan selepas melanggar syarat sah lesen di sini.
 ??  ?? RAMPAS: Pelbagai jenis ikan seberat kira-kira 3,000 kilogram yang dirampas di dalam kapal nelayan di sini.
RAMPAS: Pelbagai jenis ikan seberat kira-kira 3,000 kilogram yang dirampas di dalam kapal nelayan di sini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia