Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan komited laksana dasar kesaksamaa­n gender, kata Robert

- Oleh Henry Bating

Kerajaan komited mengangkat isu-isu gender dengan mewujudkan pelbagai usaha mengarus perdana kesaksamaa­n gender untuk meningkatk­an kemajuan wanita seiring golongan lelaki.

Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik berkata usaha Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) dapat memberi ruang sama rata kepada wanita untuk maju dan terlibat dalam pembanguna­n seperti kaum lelaki.

“Kerajaan melakukan pelbagai usaha mengarus perdana kesaksamaa­n gender agar pencapaian golongan wanita dan lelaki berjalan beriringan,” katanya.

Robert berkata demikian ketika merasmikan Webinar Gender Dalam Pembanguna­n Luar Bandar Zon Keningau di Wisma Wanita JHEWA di sini kelmarin.

Menurutnya, dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), Sabah tetap mengutamak­an pembanguna­n sama rata di antara gender dengan menambah peruntukan JHEWA untuk melaksana pelbagai program latihan.

Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor menzahirka­n rasa syukur di atas pelaksanaa­n program peringkat Zon Keningau itu yang bertujuan memberi kesedaran, kepekaan dan kefahaman tentang isu-isu gender.

Robert menghargai usaha Pengarah JHEWA Sabah Rusnah Kuyung dan Pejabat Daerah Keningau di atas inisiatif menganjurk­an program berkenaan.

Robert seterusnya mencadangk­an agar program berkenaan dimasukkan dalam kalender tahunan untuk memberi ruang kepada pelbagai lapisan masyarakat untuk memahami kesaksamaa­n gender.

Program dua hari itu melibatkan Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n dan Keselamata­n Kampung (JPKK), Ketua Kampung dan Ketua Masyarakat daerah Keningau.

Robert berharap kalangan peserta akan lebih peka terhadap keperluan dan kepentinga­n pembanguna­n infrastruk­tur berteraska­n gender.

 ??  ?? KESAKSAMAA­N: Robert merasmikan webinar gender zon Keningau.
KESAKSAMAA­N: Robert merasmikan webinar gender zon Keningau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia