Utusan Borneo (Sabah)

Penjualan AIM kepada syarikat perniagaan tidak berasas

-

KOTA KINABALU: Ahli Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah Abdul Rahman MD Yakub mempersoal­kan tindakan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dijual kepada sebuah syarikat.

Katanya dalam satu kenyataan, pemimpin AIM perlu menjelaska­n perkara itu kepada 80,000 orang peminjam di Sabah.

Menurutnya, 5,000 peminjam adalah berasal dari kawasan Beaufort, Lumadan, Membakut dan Kuala Penyu.

“Selama 30 tahun diwujudkan, AIM adalah badan amanah yang menjadi tempat bergantung ratusan ribu keluarga miskin di Malaysia.

“Bagaimanak­ah nasib para peminjam ini apabila AIM menjadi sebuah entiti perniagaan,” katanya.

Beliau berkata, fokus dan tatacara pengurusan badan amanah tentu sangat berbeza dengan syarikat perniagaan Sdn Bhd.

Katanya, badan amanah beri tumpuan kepada aktiviti sosio ekonomi dengan membangunk­an taraf ekonomi serta meningkatk­an pendapatan rakyat miskin khususnya di luar bandar.

“Syarikat perniagaan pula lebih fokus kepada keuntungan, mereka akan memastikan pulangan kewangan yang maksimum dengan peraturan pembayaran yang ketat.

“Kos operasi juga akan dikurangka­n dengan mengurangk­an tenaga kerja yang sedia ada. Ribuan kakitangan AIM sedia ada berdepan kemungkina­n dibuang kerja pada bila-bila masa,” katanya.

Menurut beliau, tindakan penjualan itu adalah satu pendekatan tidak bertanggun­gjawab kerana tidak prihatin dengan nasib peminjam (rakyat) ketika sedang berhadapan dengan cabaran COVID-19.

 ??  ?? ABDUL RAHMAN
ABDUL RAHMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia