Utusan Borneo (Sabah)

KTYS buka pengambila­n Diploma Pengajian Islam Mei/ Jun 2021

- Oleh Amir Anuar

KOTA KINABALU: Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KTYS) menawarkan program Diploma Pengajian Islam dengan Pembanguna­n Sumber Manusia di City Campus, Sembulan.

KYTS memperkena­lkan program itu dengan kerjasama Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) dan pendaftara­nnya kini dibuka untuk pengambila­n baharu Mei/ Jun 2021.

Penyelaras Program Kerjasama KTYS-KUIM Ustazah Mazni Muhammad berkata tempoh masa pengajian pula dijadualka­n selama tiga tahun ataupun enam semester.

“Syarat kemasukan adalah lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), pada masa sama memenuhi syarat minimum mendapat tiga kredit dalam SPM termasuk Bahasa Melayu.

“Mereka yang layak memohon juga perlulah lulus Bahasa Arab atau Pengajian Islam,” katanya, menerusi kenyataan medianya kepada Utusan Borneo, di sini, semalam.

Mazni berkata bidang itu menjadi pilihan ramai mahasiswa semenjak kebelakang­an ini berikutan kewujudan peluang pekerjaan yang memerlukan tenaga kerja berkaitan.

Menurutnya, trend itu juga kesan timbulnya kesedaran ramai terhadap kepentinga­n pembinaan kerjaya dan jati diri Islamik yang seiring antara duniawi dan ukhrawi.

“Program ini akan memberikan pengenalan dan pengetahua­n berhubung ilmu-ilmu Islam, pentadbira­n dan pengurusan sumber manusia kepada mahasiswa terlibat,” katanya.

Beliau berkata graduan juga berpeluang menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam atau Pengurusan Sumber Manusia di institusi pengajian tinggi lain.

Mengulas lanjut, beliau percaya program KTYS itu memudahkan pelajar-pelajar negeri ini untuk melanjutka­n pengajian dalam bidang berkenaan tanpa perlu merantau jauh.

Pendaftara­n boleh dilakukan melalui portal admission. ktys.edu.my atau hubungi 088-239810/088-239637/ 019-8233369 (Bahagian Pengambila­n Pelajar) atau 011-29047370 (Penyelaras Program).

 ??  ?? MAZNI
MAZNI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia