Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan Negeri sumbang 15,000 pelitup muka, 8,000 pensanitas­i untuk pelajar UMS

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerima sumbangan 15,000 pelitup muka dan 8,000 botol pensanitas­i tangan daripada Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Kerajaan Negeri Sabah pada 23 Februari 2021.

Sumbangan disampaika­n wakil JPBN, Marlinus Mark Francis kepada Pegawai Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) UMS, Mohd. Jamal Atong di Pejabat Kompeks Bangunan Kerajaan, Pusat Pentadbira­n Negeri Sabah.

Kesemua sumbangan itu bertujuan untuk diedarkan kepada pelajar yang kembali meneruskan pengajian di kampus ini mulai 1 hingga 5 Mac 2021.

Penyerahan sumbangan turut disaksikan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMS, Razman Durhan dan Pasukan Sukarelawa­n Pelajar COVID-19 HEP UMS.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMS, Prof. Madya Dr. Raman Noordin dalam satu kenyataan merakamkan ucapan terima kasih atas sumbangan yang diberikan.

Katanya, ia akan dimanfaatk­an untuk keperluan kira-kira seramai 6,395 pelajar yang akan kembali semula ke kampus ini.

“Sudah pasti sumbangan yang diterima dapat membantu usaha universiti mengekang penularan pandemik COVID-19 dalam kalangan siswa-siswi serta seluruh warga UMS.

“Sebagai makluman, pelitup separuh muka dan pensanitas­i tangan kini disimpan di dalam stor HEP sebelum diagihkan kepada tiga kolej kediaman dan kemudianny­a diedarkan kepada pelajar pada minggu hadapan.

“Untuk itu, saya sekali lagi ingin merakamkan setinggi penghargaa­n kepada pihak kerajaan negeri atas keprihatin­an yang berterusan terhadap universiti ini. Semoga kita semua sentiasa dilindungi dan pandemik COVID-19 segera berakhir,” katanya.

 ??  ?? KENANGAN: Sumbangan 15,000 pelitup muka dan 8,000 botol pensanitas­i kepada UMS.
KENANGAN: Sumbangan 15,000 pelitup muka dan 8,000 botol pensanitas­i kepada UMS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia