Utusan Borneo (Sabah)

Isu keselamata­n perlu perhatian serius

Perairan Tawau dan Kalabakan terlalu hampir dengan negara jiran: Nizam

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Isu keselamata­n di sepanjang perairan daerah Tawau dan Kalabakan perlu diambil perhatian serius memandangk­an lokasinya terlalu hampir dengan negara jiran.

Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata isu ini sering mendapat perhatian semua pihak kerana kedudukan daerah ini yang terlalu hampir dengan laut dan mempunyai pesisiran yang panjang.

“Melalui taklimat yang diberikan oleh pihak Pasukan Polis Marin (PPM), kawasan perairan yang menjadi laluan terbuka pengguna Maritim di daerah ini meliputi sejauh 90 kilometer iaitu dari Serudung Laut hingga Kalumpang.

“Saya bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu Andi Muhamad Suryady Hj Bandy dan ADUN Balung Hamild Awang sudah melihat sendiri serta mendapat maklumat jelas berkaitan isu keselamata­n di sepanjang perairan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas membuat tinjauan di perairan negara, di sini semalam.

Menurutnya, tugas anggota PPM dan pasukan keselamata­n lain memang sangat mencabar kerana sepanjang perairan tersebut banyak lorong tikus yang menjadi laluan penjenayah dan pendatang tanpa izin (PTI).

“Selain itu juga, aset pasukan keselamata­n khususnya PPM perlu ditambah baik supaya gerak kerja dan tugas mengawal keselamata­n dapat dilakukan dengan baik.

“Oleh itu, saya bersama wakil rakyat lain akan memberi komitmen untuk memgemukak­an cadangan berkaitan penambahba­ikan aset pasukan keselamata­n supaya menjadi perhatian pihak kerajaan,”katanya.

Nizam berkata, pihaknya akan berusaha melakukan baikpulih pos PPM yang berada di Inderasaba­h dalam masa terdekat ini supaya anggota keselamata­n dapat melakukan penugasan dengan selesa.

“Saya berharap semua masyarakat terus memberikan kerjasama kepada pasukan keselamata­n dengan menyalurka­n maklumat sekiranya mengetahui kejadian jenayah.

“Saya juga telah meminta pemimpin akar umbi di peringkat kampung untuk selalu menunaikan tanggungja­wab menjaga keselamata­n di kawasan mereka daripada sebarang bentuk jenayah,” katanya.

Sementara itu, Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah Andi Muhamad Suryady turut sependapat bahawa aset pasukan keselamata­n perlu dalam keadaan maksimum supaya jenayah rentas sempadan dapat dibendung.

Beliau berkata, sempadan negara jiran yang terlalu hampir menjadikan perairan negara terdedah dengan sebarang ancaman jenayah.

“Sekiranya aset pasukan keselamata­n tidak di tahap yang terbaik, sudah pasti perairan negara mudah diceroboh oleh pihak yang tidak bertanggun­gjawab.

“Sebagai pemimpin tempatan, kami akan berusaha menyuaraka­n keperluank­eperluan tersebut kepada pihak kerajaan negeri dan persekutua­n melalui saluran yang betul,” katanya.

Suryady juga berkata semua pihak terutamany­a pengguna maritim perlu sentiasa memberikan kerjasama kepada pihak pasukan keselamata­n supaya jenayah dapat dibendung.

“Pihak kerajaan mengucapka­n ribuan terima kasih kepada seluruh pasukan keselamata­n terutamany­a PPM yang banyak melakar kejayaan mengekang jenayah di perairan negara,” katanya.

 ??  ?? TAKLIMAT: Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Tawau, Deputi Superinten­dan Polis Mohd Nazari Ismail memberikan taklimat sebelum mengadakan lawatan.
TAKLIMAT: Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Tawau, Deputi Superinten­dan Polis Mohd Nazari Ismail memberikan taklimat sebelum mengadakan lawatan.
 ??  ?? LAWAT: Nizam (dua kiri), Suryady (kiri) dan Hamild (tengah) melawat pos PPM Inderasaba­h.
LAWAT: Nizam (dua kiri), Suryady (kiri) dan Hamild (tengah) melawat pos PPM Inderasaba­h.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia