Utusan Borneo (Sabah)

100 penduduk Kg Kompimpina­n terima bakul makanan

-

PUTATAN: Seramai 100 penduduk Kampung Kompimpina­n dekat sini, menerima bantuan Bakul Makanan B40 Kerajaan Negeri Sabah.

Bantuan tersebut disampaika­n oleh Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Kesejahter­aan Rakyat, Ir. Shahelmey Yahya di Balai Raya Kampung Kompimpina­n semalam.

Menurut Ir. Shahelmey setakat ini pihaknya telah mengagihka­n sebanyak 188,000 bakul makanan berbanding sasarannya iaitu 320,000 bakul makanan.

“Program ini akan terus dijalankan agar lebih ramai lagi penduduk yang akan menerima manfaat daripadany­a.

“Dianggarka­n, program ini akan selesai pada hujung bulan Februari atau selewatlew­atnya bulan Mac 2021,” tegasnya.

Pada majlis itu pesara, Moinie Ondu, 65, yang menerima bantuan daripada program berkenaan mengucapka­n terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana menyenarai­kan nama beliau sebagai penerima bantuan.

“Saya berpuas hati kerana kerajaan dapat membantu menyelesai­kan masalah saya dan keluarga semasa pandemik COVID-19.

“Saya berharap program seperti ini akan dapat diteruskan bagi membantu lebih ramai lagi individu yang memerlukan,” jelas Moinie.

Turut menyuaraka­n pendapat yang sama, Pengurus Pusat Internet Komuniti, Sylvia Linus, 42, amat bersyukur atas bantuan yang diterimany­a.

“Saya sangat bersyukur kerana program ini dapat membantu penduduk kampung yang majoritiny­a bekerja dalam bidang pertanian secara kecil-kecilan dan pendapatan mereka terkesan dengan pandemik ini.

“Saya juga melihat keprihatin­an kerajaan negeri dalam memastikan rakyat Sabah terbela khususnya dari aspek kebajikan,” tambahnya. - Penerangan.

 ??  ?? GEMBIRA: Moinie ketika ditemu bual.
GEMBIRA: Moinie ketika ditemu bual.
 ??  ?? PERIKSA: Shahelmey (tengah) meneliti bakul makanan yang disumbangk­an.
PERIKSA: Shahelmey (tengah) meneliti bakul makanan yang disumbangk­an.
 ??  ?? SAMPAIKAN: Shahelmey (kiri) menyumbang­kan bakul makanan kepada Sylvia.
SAMPAIKAN: Shahelmey (kiri) menyumbang­kan bakul makanan kepada Sylvia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia