Utusan Borneo (Sabah)

Cubaan eksport limpa ikan dipatahkan

Seorang lelaki ditahan, ikrar barangan sebagai keropok untuk mengelak dikesan

- Oleh Michael Ubam

SIBU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak, Sibu menahan seorang lelaki dan merampas satu kotak mengandung­i limpa ikan seberat enam kilogram anggaran nilai sejumlah RM360,000 pada Selasa lalu.

Pengarah Kastam Sarawak Herman Shah Abdullah berkata, sepasukan anggota Cawangan Penguatkua­saan bersama pegawai Unit Kargo Udara JDKM menahan individu berusia 40 tahun dipercayai cuba mengeskpor­t barang larangan itu di Pusat Pemeriksaa­n MAS Kargo, Lapangan Terbang Sibu pada jam 11.40 pagi.

“JDKM percaya barang kes adalah dieksport ke sebuah negara Asia Timur menggunaka­n perkhidmat­an kurier memandangk­an ia adalah bernilai tinggi dan mempunyai permintaan sangat tinggi di pasaran luar negara bagi perubatan alternatif dan menu hidangan istimewa,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurutnya, barang kes itu adalah diikrar sebagai keropok dalam dokumen penghantar­an dengan tujuan mengelak daripada dikesan oleh agensi penguatkua­saan.

Jika sabit kesalahan, suspek boleh didakwa di bawah Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967 kerana terlibat mengekspor­t

“JKDM percaya barang kes adalah dieksport ke sebuah negara Asia Timur menggunaka­n perkhidmat­an kurier memandangk­an ia adalah bernilai tinggi dan mempunyai permintaan sangat tinggi di pasaran luar negara bagi perubatan alternatif dan menu hidangan istimewa. Herman Shah Abdullah Pengarah Kastam Sarawak

barangan tidak berkastam atau larangan, didenda tidak kurang 10 kali ganda duti kastam atau RM100,000 mengikut mana-mana amaun lebih besar dan tidak melebihi 20 kali ganda nilai amaun duti kastam atau RM500,000 mengikut mana-mana amaun lebih besar ataupun penjara tidak kurang enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Justeru, Herman menggesa orang ramai membantu JKDM memerangi jenayah penyeludup­an khususnya rokok, minuman keras, mercun, dadah, kenderaan dan lain-lain serta tidak membabitka­n diri dengan aktiviti tersebut.

“Penyeludup­an bukan sahaja merugikan negara dari segi kehilangan hasil malah turut mendatangk­an ancaman kepada keselamata­n negara dan kesejahter­aan rakyat,” jelasnya.

Beliau menyeru orang awam memberi kerjasama menyalurka­n maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludup­an menghubung­i Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau Pejabat Kastam terdekat di semua negeri.

JKDM juga memberi jaminan bahawa identiti setiap pemberi maklumat adalah dirahsiaka­n.

 ??  ?? PASARAN TINGGI: Bungkusan mengandung­i limpa ikan dipercayai permintaan tinggi di pasaran luar negara.
PASARAN TINGGI: Bungkusan mengandung­i limpa ikan dipercayai permintaan tinggi di pasaran luar negara.
 ??  ?? RAMPAS: Barang kes diikrar sebagai keropok untuk mengelak dikesan agensi penguatkua­saan.
RAMPAS: Barang kes diikrar sebagai keropok untuk mengelak dikesan agensi penguatkua­saan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia