Utusan Borneo (Sabah)

Limbang diisytihar sebagai kawasan kawalan penyakit ASF

-

KUCHING: Sarawak mengisytih­arkan Limbang sebagai kawasan kawalan penyakit African Swine Fever (ASF) disebabkan lokasinya yang berhampira­n dengan Sabah di mana kes ASF dilaporkan berlaku baru-baru ini.

PengarahJa­batanPerkh­idmatan Vetrinar Sarawak (JPVS) Dr Adrian Susin Ambud berkata, pengisytih­aran itu dibuat di bawah Seksyen 35 (1) (b) Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999.

“Orang ramai di Limbang termasuk penternak khinzir disarankan untuk tidak memberi makan khinzir; memindahka­n khinzir hidup, daging atau produknya keluar dan masuk ke Limbang tanpa izin daripada JPVS.

“Mereka juga dinasihatk­an untuk tidak membawa, membeli secara dalam talian atau membawa produk daging atau daging khinzir keluar masuk Limbang,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Dr Adrian juga menasihati penternak babi untuk melaporkan kematian ternakan khinzir mereka yang berlaku secara tiba-tiba serta aktiviti haram yang melibatkan produk daging atau daging khinzir terus kepada Pejabat Veterinar Bahagian yang berhampira­n.

Penternak haiwan ini perlu memperting­katkan sanitasi di ladang mereka dan kawasan sekitarnya dengan menggunaka­n disinfekta­n, mencuci dan membasmi kuman setelah bersentuha­n dengan produk atau khinzir berkenaan.

Pada masa yang sama, mengelakka­n kontak fizikal dengan babi hutan atau haiwan ternakan, tegasnya lagi.

Berkunjung ke ladang khinzir atau menggalakk­an pengunjung ke ladang khinzir adalah dilarang sama sekali, tambahnya.

Menurutnya, semua kenderaan yang mengangkut produk haiwan juga dikehendak­i memaklumka­n kepada pegawai di semua pintu masuk negeri ini termasuk pelabuhan dan lapangan terbang.

“Mana-mana produk daging atau daging khinzir yang dihantar atau ditawarkan untuk dijual sekaligus telah melanggar perintah ini, dan akan disita atau dimusnahka­n oleh Pihak Berkuasa Veterinar Negeri.

“Tidak ada pampasan dibayar untuk mana-mana daging khinzir atau produk haiwan berkenaan yang telah dimusnahka­n atau disita di bawah seksyen ini.

“Kegagalan untuk mematuhi akan didenda tidak melebihi RM1,000,” katanya.

Dr Adrian juga menasihati penternak khinzir di bahagian lain untuk meningkatk­an kewaspadaa­n dan memperketa­tkan biosekurit­i penternaka­n dan mencegah pengunjung ke ladang ternakan khinzir mereka.

Pada 22 Februari lalu, Sarawak menguatkua­sakan larangan import produk, daging dan khinzir dari Sabah berikutan laporan berita bahawa lapan daripada 13 babi yang diambil s ampel dari Pi tas, Sabah diuji positif ASF.

Larangan itu dikuatkuas­akan di bawah Seksyen 8 Ordinan Kesihatan Awam Veterinar Sarawak 1999, dan mana-mana orang yang ditangkap melanggar larangan tersebut akan dikenakan denda hingga RM50,000 atau penjara maksimum dua tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia