Utusan Borneo (Sabah)

Dua penceroboh lolos selepas gagal curi buah

-

MIRI: Dua lelaki yang menceroboh kawasan sebuah rumah di Desa Seri 6A di sini dipercayai untuk mencuri buah, melarikan diri selepas menyedari kehadiran polis dan unit ronda Jawatankua­sa Penduduk (JKP), lewat petang kelmarin.

Ketua JKP Miri Malateh Mahmud berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kelibat dua penceroboh terbabit kira-kira jam 6 petang.

“Pada mulanya, unit peronda ke lokasi setelah dimaklumka­n oleh jiran kepada mangsa bahawa dia terlihat dua lelaki masuk melalui pagar hadapan rumah jirannya.

“Kedua-dua suspek turut meletakkan dua basikal di luar rumah tersebut, jiran mangsa bertindak menegur kedua-duanya, namun suspek berpura-pura mengajak berbual.

“Mereka bertindak melarikan diri melalui pagar belakang apabila menyedari kehadiran kereta peronda polis dan unit ronda JKP,” katanya dalam satu kenyataan media di sini semalam.

 ??  ?? CUBA KEPUNG: Anggota polis dan unit ronda JKP cuba menangkap kedua-dua suspek, namun mereka berjaya melarikan diri selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa.
CUBA KEPUNG: Anggota polis dan unit ronda JKP cuba menangkap kedua-dua suspek, namun mereka berjaya melarikan diri selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia