Utusan Borneo (Sabah)

Tiga lelaki mengaku seludup 17 migran diarah dapatkan bantuan guaman

-

Tiga lelaki tempatan yang mengaku bersalah melakukan penyeludup­an 17 migran diarah oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam untuk mendapatka­n bantuan guaman daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Pesuruhjay­a Kehakiman Alexander Siew How Wai menetapkan demikian terhadap Mohd Hadi Abdul Karim Boon, 30, Robert Erni dan Joshua Sidi yang masing-masing berusia 27 tahun. Alexander semasa membuat keputusan tersebut memaklumka­n bahawa Hadi, Robert dan Joshua merupakan warganegar­a Malaysia dan oleh itu mereka berhak diberi peluang untuk mendapatka­n bantuan perundanga­n daripada YBGK.

Tambah beliau juga, YBGK harus melihat kes ini sebelum mahkamah meneruskan penghakima­n.

Mahkamah seterusnya menetapkan 17 Mac depan sebagai sebutan lanjut kes.

Selain tiga tertuduh tersebut, turut mengaku bersalah melakukan perbuatan serupa adalah seorang lelaki warga Indonesia iaitu Fery Alam, 32.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa secara bersama-sama telah melakukan penyeludup­an 17 migran pada 11 Januari lalu, jam lebih kurang 1 pagi, di sebuah hotel sekitar Batu 3, dekat sini.

Menurut laporan terdahulu, keempat-empat tertuduh ditahan bersama kesemua warga Indonesia tersebut dalam operasi yang dijalankan sepasukan anggota Ops Benteng COVID19 dari Ibu Pejabat Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am (PGA).

Difahamkan, hotel berkenaan dijadikan tempat transit sebelum pendatang asing tanpa izin (PATI) dihantar ke Sibu, Tatau dan Bintulu.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerd­agangan Orang dan Antipenyel­udupan Migran (ATIPSOM) 2007 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 15 tahun dan boleh dikenakan denda, atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalik­an oleh Timbalan Pendakwa Raya Nadratun Naim Mohd Saidi.

 ??  ?? DIARAH MINTA BANTUAN GUAMAN: (Dari kiri) Hadi, Joshua dan Robert diiring polis selesai prosiding kes.
DIARAH MINTA BANTUAN GUAMAN: (Dari kiri) Hadi, Joshua dan Robert diiring polis selesai prosiding kes.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia