Utusan Borneo (Sabah)

Program imunisasi langkah tepat untuk lindungi rakyat

Masyarakat tidak harus terpengaru­h dengan elemen negatif antivaksin yang disebar pihak tidak bertanggun­gjawab

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

TATAU: Ketua-ketua kaum dan ketua masyarakat (KMKK) di sini menyambut baik usaha kerajaan melaksanak­an Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dalam usaha mengekang penularan wabak itu di negara ini.

Pemanca Gerosen Jubin berkata, langkah kerajaan itu amat tepat dalam memutuskan rantaian COVID-19 dan menjaga serta melindungi rakyat di negara ini daripada pandemik tersebut.

Begitupun, masyarakat tidak harus terpengaru­h dengan elemen negatif antivaksin yang disebar pihak tidak bertanggun­gjawab dalam media sosial.

“Ini kerana vaksin Pfizer-BioNTech dikaji secara mendalam oleh pakar dan digunakan komuniti seluruh dunia,” katanya mengenai Program Imunisasi COVID19 Kebangsaan semalam.

Penghulu Lim Tcia Hong pula berpendapa­t pemberian vaksin untuk masyarakat di negara dan negeri ini amat tepat untuk mengekang penularan COVID-19.

Beliau berkata, pemimpin tertinggi negara menjadi individu pertama mendapatka­n suntikan vaksin COVID-19 memberi contoh dan keyakinan kepada rakyat menerima suntikan itu.

Kapitan Lim Tcia Hua berkata, pemberian vaksin secara percuma dengan pendaftara­n mudah dilakukan dalam aplikasi MySejahter­a perlu disokong dan diterima baik oleh masyarakat.

“Buku daftar program vaksinasi COVID-19 boleh didapati melalui Pejabat Daerah Tatau atau melalui KMKK masing-masing bagi mendaftar menerima suntikan vaksin,” jelasnya.

Senada dengan ketua-ketua masyarakat terbabit Tuai Rumah (TR) Dora Lani, TR Ado Bilong dan TR Vicky Engkalom menyokong usaha pemberian vaksin kepada masyarakat di negara ini.

Menurut mereka, usaha bertepatan membendung pandemik COVID-19 supaya keadaan hidup masyarakat seluruhnya kembali normal.

Pemberian vaksin bukan sahaja melindungi diri sendiri, malah melindungi semua masyarakat daripada wabak yang senang menjangkit­i sesiapa pun.

“Ini kerana vaksin Pfizer-BioNTech dikaji secara mendalam oleh pakar dan digunakan komuniti seluruh dunia. Pemanca Gerosen Jubin Ketua kaum

Dalam pada itu, Latihan Simulasi Program Vaksin COVID-19 diadakan di Dewan Sukan Tatau di sini kelmarin.

Latihan itu melibatkan petugas kesihatan dari Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM), Pejabat Daerah Tatau, Pejabat Daerah Sebauh dan Pejabat Daerah Bintulu.

Turut terlibat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM), Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB), Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Kerja Raya (JKR), Majlis Keselamata­n Negara (MKN), Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) serta KMKK Daerah Tatau.

 ??  ?? SOKONG: (Dari kiri) TR Ado, TR Dora dan TR Vicky memegang risalah menyokong Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
SOKONG: (Dari kiri) TR Ado, TR Dora dan TR Vicky memegang risalah menyokong Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
 ??  ?? GEROSEN
GEROSEN
 ??  ?? LIM
LIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia