Utusan Borneo (Sabah)

Projek Poket Hijau Bandar usaha wujudkan bandar raya lestari

-

KUCHING: Makmal Borneo menerusi Projek Poket Hijau Bandar mencabar daya inovasi menerusi kerjasama menggunaka­n pendekatan ‘Think & Tink’ untuk menjalanka­n eksperimen di dalam beberapa disiplin yang menyeronok­kan.

Arkitek dan kuratornya, Wendy Teoh ketika dihubungi semalam berkata, perancanga­n terhadap projek tersebut telah dijalankan selama bertahun-tahun dengan teliti untuk memberi manfaat lestari kepada semua.

“Disiplin yang saya maksudkan adalah seperti seperti reka bentuk bandar, reka bentuk seni bina dan landskap, reka bentuk produk, teater bidang seni persembaha­n, penerbitan dan penyelidik­an kulinari serta minuman.

“Kita mengguna pakai ruangan yang sedang dijalankan kerja pengubahsu­aian dan naik taraf ‘Think & Tink’ yang dahulunya merupakan sebuah pasar raya Ting & Ting.

“Kita sebenarnya mahu mendorong komuniti untuk berfikir secara lebih mendalam dan berani bertindak dan pada masa sama menyumbang kepada pembanguna­n dalam bandar raya,” katanya kepada Utusan Borneo.

Berkongsi mengenai Projek Poket Hijau Bandar, beliau berkata ia merupakan cara pihaknya menyokong masyarakat menyumbang kepada bank makanan yang sihat dalam masyarakat di bandar raya ini sepertiman­a yang dijalankan di Korea.

Menurutnya, projek itu berupaya menjalinka­n semula hubungan komuniti dengan persekitar­an semula jadi samada secara individu mahupun kolektif untuk menjadikan idea kelestaria­n itu sebagai kenyataan.

Baru-baru ini katanya, pihaknya melancarka­n kempen #Plantlifef­romplastic yang memerlukan sejumlah 1,500 botol plastik 1.5L yang akan dijadikan bekas untuk sayur-sayuran sebuah kebun yang ditempatka­n di atas bumbung Think & Tink.

Justeru, pihaknya menyeru agar masyarakat mengumpul dan menyumbang­kan botol plastik kosong kepada Makmal Borneo bermula 6 Mac nanti untuk tujuan yang baik itu untuk membina persekitar­an komuniti yang lebih hijau bersama.

Di samping itu, pihaknya turut menyediaka­n tempat pengumpula­n yang akan dibuka di Vivacity Megamall, The Spring, Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak, Segi College Sarawak dan UCSI Sarawak.

“Kempen ini mengalakka­n kita untuk menikmati persekitar­an tropika negara ini yang cantik dan bukan berada di dalam keadaan vakum di dalam bangunan seperti di pusat beli-belah yang senang untuk dijangkiti penyakit,” tegasnya.

Pihaknya turut melihat program ceramah dan sesi pendidikan menerusi kempen tersebut untuk dijalankan menjelang April nanti sekiranya keadaan kes pandemik COVID-19 semakin berkuranga­n.

Komuniti setempat boleh melayari Facebook Borneo Art Collective, IG @Borneo Laboratory) atau menghubung­i Tham di talian 016298 3987 atau menulis kepada ke blablearni­ng@gmail.com atau layari laman web www. borneoartc­ollective.org.

 ??  ?? KEMPEN MURNI: Rakan kongsi kempen berkenaan.
KEMPEN MURNI: Rakan kongsi kempen berkenaan.
 ??  ?? INOVASI: Wendy menjalanka­n percubaan tanaman di dalam botol plastik terpakai.
INOVASI: Wendy menjalanka­n percubaan tanaman di dalam botol plastik terpakai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia