Utusan Borneo (Sabah)

Penduduk hargai GPS lulus naik taraf perparitan di Jalan Kejatau

-

SRI AMAN: Penduduk di Kampung Kejatau di sini berterima kasih kepada kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) kerana meluluskan projek naik taraf sistem perparitan di Jalan Kejatau.

Fasa pertama projek melibatkan naik taraf parit sepanjang 650 meter telah bermula dan dijangka siap pada 23 Oktober depan.

Penduduk turut merakamkan ucapan penghargaa­n dan terima kasih kepada Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang, Datuk Francis Harden Hollis yang berusaha keras untuk mendapatka­n peruntukan bagi tujuan menaik taraf sistem perparitan di kawasan itu.

“Dengan siapnya projek ini nanti, ia akan memberi manfaat kepada komuniti di kawasan kampung Cina serta kampung Iban dan beberapa taman perumahan di sepanjang Jalan Kejatau.

“Ia juga dapat mengatasi masalah banjir kilat yang sering berlaku di kawasan ini.

“Pelaksanaa­n projek ini membuktika­n kerajaan GPS amat prihatin terhadap keperluan rakyat di kampung ini,” ujar penduduk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia