Utusan Borneo (Sabah)

Pembukaan semula sekolah, ibu bapa berbeza pendapat

Ada yang bimbang pandemik COVID-19 belum reda, ada yang yakin pihak sekolah akan kuat kuasa SOP sebaiknya

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Ibu bapa memberi pendapat berbeza mengenai pembukaan semula sekolah pada 1 Mac ini susulan kebimbanga­n mengenai pandemik COVID19 yang masih menular.

Seorang ibu, Wenny Catherina, 33, berkata, beliau sebenarnya bimbang untuk menghantar anak-anaknya ke sekolah minggu depan.

Katanya, ini kerana ada anak-anaknya yang tidak pandai jaga prosedur operasi standard (SOP) semasa berada di sekolah, tetapi percaya guru-guru akan menjaga mereka sebaiknya.

“Begitupun bagi saya, lebih bagus mereka pergi sekolah daripada belajar dari rumah, tambahan pula anak saya akan menduduki peperiksaa­n Tahun Enam.

“Justeru, pembukaan sekolah ini diharap dapat memberi kesan baik kepada anakanak untuk belajar secara bersemuka dengan guru.

“Cuma harapan saya sebagai ibu bapa, guru-guru dapat menjaga anak-anak kita dengan baik mengikut SOP semasa di sekolah serta berharap COVID-19 ini berakhir dengan cepat supaya

“Cuma harapan saya sebagai ibu bapa, guru-guru dapat menjaga anak-anak kita dengan baik mengikut SOP semasa di sekolah serta berharap COVID-19 ini berakhir dengan cepat supaya anak-anak dapat bersekolah seperti biasa. Wenny Catherina Ibu

anak-anak dapat bersekolah seperti biasa,” katanya semasa dihubungi Utusan Borneo semalam.

Tuai Rumah Itam Ujok, 49, dari Jalan Tatau-Sibu pula berpendapa­t sesi pembukaan sekolah patut ditangguhk­an terlebih dahulu kerana penularan pendemik COVID-19 masih berlaku.

“Yang paling penting ialah keselamata­n dan nyawa anak-anak kita. Apa guna sekolah tinggi kalau nyawa melayang? Harapan saya agar kerajaan dapat menimbang semula keputusan ini dan membatalka­n pembukaan sekolah pada 1 Mac ini.

“Banyak altenatif lain untuk mengajar anak-anak sekolah,” tambahnya.

Lily Mashitah Abdullah, 31, berkata, pembukaan semula sekolah pada 1 Mac ini wajar ditangguhk­an sehingga vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech diberikan kepada seluruh komuniti dalam masa terdekat.

“Sekurang-kurangnya (pembukaan sekolah dibuat) sekiranya tiada kes jangkitan dalam tempoh sebelum pemberian vaksin kerana keadaan itu lebih selamat.

“Bagaimanap­un, sekiranya sekolah tetap dibuka kita tiada pilihan melainkan membenarka­n anak kita bersekolah tetapi perlu mengikut SOP ketat yang ditetapkan,” katanya.

Sementara itu, Mastura Hussin, 35, juga berpendapa­t pembukaan semula sekolah pada 1 Mac ini harus ditangguhk­an memandangk­an graf kes jangkitan COVID-19 dalam keadaan turun naik di negeri ini.

“Saya cuma berharap kita sebagai ahli masyarakat samasama membantu antara satu sama lain dengan menjaga SOP untuk membendung penularan wabak ini supaya sesi persekolah­an dapat dibuka seperti biasa,” katanya.

Berbeza pula bagi Yustina Embok, 30, dari Rumah Sulang Kilometer 2 Sungai Kelawit, Tatau yang menyifatka­n pembukaan semula sekolah sebagai baik untuk anak-anak terutamany­a yang lama tidak bersekolah secara bersemuka dengan guru.

Menurutnya, anak-anak lebih memahami sesuatu pembelajar­an secara bersemuka dengan guru.

“Saya amat berharap anakanak akan dapat kembali ke sekolah seperti biasa dengan mematuhi SOP ditetapkan. Saya juga berharap agar COVID-19 ini lenyap,” katanya.

Pada 19 Februari lalu, Menteri Kanan Pendidikan Senator Datuk Dr Radzi Jidin mengumumka­n sesi persekolah­an secara bersemuka yang ditangguhk­an sebelum ini susulan peningkata­n kes COVID-19 akan dibuka semula bermula pada 1 Mac ini.

Beliau berkata, keputusan itu melibatkan murid prasekolah, Tahun Satu dan Tahun Dua, sementara untuk Tahun Tiga hingga Enam sesi akan bermula pada 8 Mac.

“Pelajar sekolah menengah di negeri Kumpulan A akan hadir ke sekolah pada 4 April, manakala pelajar sekolah menengah di negeri Kumpulan B pada 5 April, iaitu selepas tamat sesi peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020,” katanya.

 ??  ?? WENNY
WENNY
 ??  ?? TUAI RUMAH ITAM
TUAI RUMAH ITAM
 ??  ?? LILY MASHITAH
LILY MASHITAH
 ??  ?? MASTURA
MASTURA
 ??  ?? YUSTINA
YUSTINA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia