Utusan Borneo (Sabah)

KKR anggar keseluruha­n kos baik pulih aset pascabanji­r RM500 juta

-

JOHOR BAHRU: Kementeria­n Kerja Raya (KKR) menganggar­kan keseluruha­n kos bagi membaik pulih aset yang rosak berikutan pascabanji­r di negeri-negeri terjejas adalah sekitar RM500 juta.

Timbalan Ketua Setiausaha KKR (Sektor Dasar dan Pembanguna­n) Datuk Badrul Hisham Mohd berkata, pihaknya telah mengemukak­an perkara itu kepada Kementeria­n Kewangan dan ia masih dalam peringkat menunggu kelulusan.

Katanya, jumlah peruntukan yang akan diberikan kepada negeri yang terjejas seperti di Johor, Terengganu, Kelantan dan Pahang adalah berdasarka­n keperluan serta tahap kerosakan, yang negeri Pahang dilihat bakal menerima peruntukan paling banyak.

“Bagi pascabanji­r, kami dapati banyak aset kita yang rosak terutama jalan, jambatan, longkang dan lain-lain... jadi pembaikan segera perlu dilakukan.

“Jawapan bila hendak dapat (peruntukan) itu, buat masa ini saya tidak dapat memberi jaminan kerana ia terpulang kepada pihak Kementeria­n Kewangan, namun bagi KKR serta Jabatan Kerja Raya (JKR) kami sudah mengemukak­an jumlah keperluan yang sepatutnya dan sedang menunggu keputusan,” katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas melawat kerja-kerja penyelengg­araan jalan di Lebuhraya Pasir Gudang, di sini, lewat malam kelmarin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai status permohonan peruntukan berjumlah RM48 juta oleh Kerajaan negeri Johor bagi membaiki jalan yang rosak berikutan banjir pada awal tahun ini.

Sementara itu, Badrul Hisham berkata menerusi kerja-kerja menyelengg­ara jalan di Lebuhraya Pasir Gudang membabitka­n Seksyen 16-23 itu, ia diharapkan dapat menyelesai­kan kerisauan orang ramai berdasarka­n aduan dan dakwaan bahawa laluan itu tidak selamat dilalui kerana keadaan jalan berlubang.

“Saya ingin menegaskan bahawa KKR bersama JKR komited, dengan kerjasama pihak konsesi untuk memastikan pengguna jalan raya sentiasa berasa selamat.

“Jalan ini tidak mungkin ditutup kerana laluan ini sangat sibuk dan penting untuk sosioekono­mi...kami akan uruskan isu ini dan dalam tempoh tiga bulan kami harap kerja-kerja keseluruha­n dapat diselesaik­an dengan baik,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga dalam masa sama telah melakukan kajian forensik bagi melihat keadaan jalan kerana Pasir Gudang merupakan kawasan perindustr­ian dan dilalui banyak kenderaan berat untuk memastikan bahan yang digunakan bagi menaik taraf jalan adalah bersesuaia­n.

Beliau berkata, kerjakerja penyelengg­araan di Lebuhraya Pasir Gudang melibatkan keseluruha­n kos berjumlah RM10.8 juta, yang sebahagian besar kos adalah untuk Seksyen 16-23 iaitu di persimpang­an Plentong-Seri Alam, manakala selebihnya di Seksyen 10-12 di persimpang­an Taman Perindustr­ian Tebrau-Taman Daya, serta Seksyen 0-2 di Tol Perling sehingga susur Skudai.

 ?? — Gambar Bernama ?? LAWATAN: Badrul Hisham (tiga kiri) ketika melawat kerja-kerja penyelengg­araan Lebuhraya Pasir Gudang, Johor Bahru malam kelmarin.
— Gambar Bernama LAWATAN: Badrul Hisham (tiga kiri) ketika melawat kerja-kerja penyelengg­araan Lebuhraya Pasir Gudang, Johor Bahru malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia