Utusan Borneo (Sabah)

Individu ingkar SOP COVID-19 berdepan denda RM10,000 mulai 11 Mac 2021

-

KUALA LUMPUR: Individu yang melanggar peraturan atau prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi pencegahan dan kawalan pandemik COVID-19 berdepan hukuman denda maksimum RM10,000 mulai 11 Mac 2021.

Perkara itu dinyatakan dalam Ordinan Darurat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021 melalui Warta Kerajaan Persekutua­n yang dimuat naik dalam Portal rasmi Jabatan Peguam Negara kelmarin.

Ordinan itu turut menyatakan syarikat atau perbadanan yang melakukan kesalahan berkaitan SOP boleh didenda sehingga RM50,000.

Warta itu menyebut bahawa suatu Ordinan yang dimasyhurk­an oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah menurut

Fasal (2B) Perkara 150 Perlembaga­an Persekutua­n bahawasany­a disebabkan oleh suatu darurat besar sedang berlaku yang mengancam keselamata­n, kehidupan ekonomi dan ketenteram­an awam di dalam Persekutua­n berikutan wabak penyakit berjangkit iaitu Penyakit Koronaviru­s 2019 (COVID-19), suatu Proklamasi Darurat telah dikeluarka­n oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 150 Perlembaga­an Persekutua­n pada 11 Januari 2021.

Ia menyatakan yang diPertuan Agong berpuas hati bahawa tindakan serta-merta adalah dikehendak­i untuk meminda Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 yang dinamakan Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021.

Ordinan itu turut merangkumi pindaan terhadap penalti umum mengikut Seksyen 24 dan menyatakan manamana orang yang melakukan kesalahan di bawah akta itu, yang tiada penalti diperuntuk­kan dengan nyata, berdepan hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda RM100,000.

Ia juga menyebut bahawa orang yang diberi kuasa boleh mengarahka­n pesakit COVID-19 atau kontak rapat untuk memakai peranti pengesanan seperti gelang tangan atau apa-apa peranti lain yang diberikan pegawai yang diberi kuasa.

“Mana-mana orang yang memusnahka­n, merosakkan, menghilang­kan atau mengubah peranti pengesanan itu melakukan suatu kesalahan,” menurut ordinan itu.

Selain itu, bagi syarikat yang melanggar SOP tersebut, wakilnya boleh didakwa di mahkamah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia