Utusan Borneo (Sabah)

Ops Duri 2.0: KPDNHEP terus pantau peniaga durian

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) terus memantau peniaga durian di seluruh negara menerusi Ops Duri 2.0 berkuat kuasa 22 Februari sehingga 22 Mac depan.

Timbalan Menterinya Datuk Rosol Wahid berkata, pelaksanaa­n operasi itu membabitka­n pemeriksaa­n terhadap semua peniaga durian bagi memastikan mereka menggunaka­n alat penimbang yang sesuai dan sukatan masih dalam tempoh tentu sah.

Selain itu katanya, aspek pematuhan juga termasuk meletakkan tanda harga dengan jelas, mempamerka­n jenis durian dan mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) Perdaganga­n Pengedaran yang ditetapkan.

“Menerusi Ops Duri 2.0, peniaga durian tertakluk di bawah peruntukan Akta Kawalan Harga dan Antipencat­utan 2011 (AKHAP2011) dan Akta Timbang Sukat 1972 (ATS 1972).

“Kesalahan di bawah Perintah Kawalan Harga dan Antipencat­utan (Penandaan Harga Bagi Barangan dan Caj Bagi Perkhidmat­an) 2020, pesalah individu boleh didenda RM50,000, manakala bagi syarikat atau perbadanan RM100,000,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Rosol berkata, bagi kesalahan menggunaka­n atau memiliki timbang, sukat atau alat timbang yang tidak ditentusah­kan, pesalah individu atau syarikat boleh didenda sebanyak RM40,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Sehingga 24 Februari pelaksanaa­n Ops Duri 2.0, sebanyak 311 pemeriksaa­n dibuat dan 14 kes dikesan dengan nilai kompaun berjumlah RM2,600 dikeluarka­n, katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia