Utusan Borneo (Sabah)

Serangan udara AS sasar militan di timur Syria

Musnahkan infrastruk­tur dan bunuh beberapa orang dalam tindak balas terhadap serangan di Erbil

-

WASHINGTON: Beberapa infrastruk­tur milik militan musnah apabila tentera Amerika Syarikat (AS) melancarka­n serangan udara di timur Syria, lapor Agensi Berita Sputnik, memetik kenyataan Setiausaha

Akhbar Jabatan Pertahanan John Kirby.

“Atas arahan Presiden Biden, pasukan tentera AS malam ini melakukan serangan udara menyasarka­n infrastruk­tur yang digunakan kumpulan militan yang disokong Iran, di timur Syria.

Kirby berkata, tentera menyasarka­n infrastruk­tur digunakan militan disokong Iran, termasuk Kait’ib Hezbollah (KH) dan Kait’ib Sayyid al-Shuhada (KSS), di timur Syria.

Tindakan itu dikatakan sebagai tindak balas terhadap bedilan roket pada 15 Februari di Pangkalan Udara Erbil di Kurdistan Iraq.

Serangan udara AS itu menyasarka­n sebahagian bangunan dan dipercayai membunuh “beberapa orang,” lapor akhbar Washington Post kelmarin, memetik seorang pegawai AS.

Menurut Setiausaha Pertahanan Lloyd Austin, serangan udara itu dilakukan berdasarka­n data diberi badan perisikan Iraq.

Terdahulu, CBS News dan media lain melaporkan mengenai serangan udara itu, dengan mempersoal­kan mengapa ia berlaku di Syria dan bukan di Iraq.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia